Klinik Perundingan Industri
BAWA CABARAN ANDA. TEMUI PAKAR KAMI. TEROKAI PELUANG BAHARU.
Adakah organisasi anda sedang berdepan dengan cabaran teknikal, peluang inovasi
atau keperluan berkaitan kejuruteraan dan alam bina?
Pusat Kecemerlangan (CoE) dan Pusat Penyelidikan (CoR), Fakulti Kejuruteraan dan
Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjemput pihak industri
untuk menyertai Sesi Konsultasi Percuma bersama Penyelidik FKAB UKM.
Sesi ini merupakan peluang untuk pihak organisasi membawa cabaran sebenar,
keperluan teknikal atau idea inovasi secara terus kepada penyelidik dan pakar FKAB
UKM untuk perbincangan awal.
Melalui sesi ini, pihak industri berpeluang untuk:
Sama ada anda ingin menyelesaikan sesuatu cabaran, menambah baik proses, membangunkan teknologi baharu atau meneroka idea inovatif, mulakan perbincangan bersama pakar FKAB UKM.
Bawa Cabaran Anda → Temui Kepakaran Kami → Terokai Peluang Bersama
Kami mengalu-alukan peluang untuk berhubung dengan organisasi anda dan
meneroka potensi inovasi, kerjasama serta penyelesaian berimpak bersama FKAB
UKM.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi