Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)

Penglibatan Malaysia dalam pembangunan SDG di peringkat antarabangsa bermula pada akhir 2014; dengan penglibatan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam proses rundingan antara anggota negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Mesyuarat Antara Kerajaan) yang diadakan dari Januari hingga Julai 2015 bagi memuktamadkan Agenda Pembangunan Pasca 2015 (P2015DA). Perbincangan antara ahli negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk pengisytiharan P2015DA, Matlamat dan Sasaran Pembangunan Mampan, Means of Implementioan serta susulan & semakan.

Untuk maklumat lanjut sila layari
https://www.dosm.gov.my/portal-main/article/sustainable-development-goals

SDG in UKM

Pengurusan kelestarian di UKM telah dimulakan pada tahun 2007 apabila Unit Pembangunan UKM menyediakan Pelan Induk Pembangunan Kampus Fizikal 2007-2020. Pelan strategik ini bertujuan untuk memantau pelan pembangunan agar mampan dari segi pembangunan infrastruktur, keperluan ruang, pemuliharaan alam sekitar, pengurusan tenaga dan sisa pepejal, landskap, kemudahan kampus dan penanaman kehidupan lestari. Pelan ini mula dirangka pada November 2008 oleh Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) UKM yang diketuai oleh Datin Paduka Dr Halimaton Saadiah, Ketua Kumpulan Kampus Lestari UKM dan Felo Kanan di LESTARI.

Muat Turun Logo & Poster Di Sini