Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Awam

Program Kerja Kursus

Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
40 Jam Kredit

Mengenai Kursus

Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Awam telah direka untuk memenuhi keperluan pembangunan berterusan jurutera profesional dan pihak industri. Salah satu objektif pendidikan yang dinyatakan adalah "untuk menghasilkan graduan yang mampu untuk menjadi pakar dalam bidang khusus dalam Kejuruteraan Awam”. Untuk membantu mencapai matlamat ini, program ini menawarkan empat modul pengkususan iaitu 1) Struktur dan Pembinaan Komposit, 2) Sumber Air Lestari, 3) Geoteknik dan, 4) Pengangkutan. Calon perlu dengan jayanya melengkapkan 33 jam kredit (11 kursus) kerja kursus dengan mendapat minimum PNGK 3.0 dan melengkapkan sejumlah 12 jam kredit Projek Penyelidikan 1 dan Projek Penyelidikan 2. Sebelas (11) kerja kursus mengandungi satu (1) kursus citra universiti, dua (2) kursus teras, empat (4) kursus wajib modul dan empat (4) kursus elektif modul. Pengenalan kepada pengkhususan bukan sahaja memenuhi matlamat pendidikan dan hasil pembelajaran tetapi ia juga membantu graduan untuk mendapat pekerjaan dalam bidang yang diminati. Melalui penawaran kursus wajib dan elektif modul dalam program ini juga membolehkan lebih fleksibiliti dalam membina satu program pendidikan untuk memenuhi keperluan pelajar dan majikan.

Keperluan Akademik

  • PNGK 2.50 dan ke atas daripada universiti yang diiktiraf; atau

  • PNGK 2.00 – 2.49 daripada universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja; atau

  • Minimum PNGK 3.00 daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan; atau

  • PNGK 2.99 dan ke bawah daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan dan 5 tahun pengalaman kerja.

Syarat Bergraduat

Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan.

Kursus Teras

  • Kaedah Penyelidikan dan Inovasi

  • Projek Penyelidikan 1 & 2

  • Inovasi dalam Bahan Pembinaan dan Struktur

  • Pemodelan Air Bandaran

  • Ujian dan Instrumentasi Geoteknikal

  • Reka Bentuk dan Bahan Pembinaan Jalan Raya

  • Pengurusan dan Pelaksanaan Projek

Kursus Elektif

  • Teori Struktur Lanjutan

  • Kaedah Unsur Terhingga dalam Kejuruteraan Struktur

  • Beban Ekstrem pada Struktur

  • Reka Bentuk Struktur Konkrit Prategasan

  • Reka Bentuk Struktur Konkrit Bertulang Lanjutan

  • Bangunan Tinggi dan Kejuruteraan Angin

  • Struktur Jambatan

  • Forensik, Penilaian dan Penyelenggaraan Struktur Konkrit

  • Cerun dan Struktur Penahan

  • Reka Bentuk Struktur Komposit Keluli dan Konkrit

  • Kejuruteraan Asas Lanjutan

  • Hidrologi Air Permukaan

  • Pengangkutan Sedimen

  • Kejuruteraan Air Bawah Tanah Lanjutan

  • Teknologi Geospatial

  • Kejuruteraan Sungai

  • Perancangan Sumber Air

Yuran

Sebarang pertanyaan sila hubungi