Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Kimia

Program Kerja Kursus

Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
40 Jam Kredit

Mengenai Kursus

Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Kimia ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Proses sebagai program kerja kursus. Program ini meliputi kursus-kursus teras bidang kejuruteraan kimia seperti proses reka bentuk dan pengoptimuman, reka bentuk proses menggunakan teknik simulasi, analisis risiko & keselamatan dan pengurusan projek. Lanjutan dalam teknologi baru juga ditawarkan melalui tiga pilihan modul; Kejuruteraan Biokimia, Kelestarian Teknologi Proses dan Kejuruteraan Tenaga. Setiap modul yang ditawarkan memberi tumpuan mendalam dalam bidang kejuruteraan kimia lanjutan seperti kejuruteraan bioproses, teknologi biofarmaseutikal dan biobahan lanjutan dalam modul Kejuruteraan Biokimia, teknologi pemisahan hijau, pengurusan sisa buangan industri dan eko-komuniti simbiosis dalam modul Kelestarian Teknologi Proses dan teknologi tenaga keterbaharuan, tenaga suria dan teknologi selfuel dalam modul Kejuruteraan Tenaga. Selain itu, kemahiran penyelidikan juga ditawarkan dalam dua kursus berbentuk tesis projek. Pada akhir program ini, pelajar bukan sahaja perlu memahami, tetapi boleh mengaplikasi dan membangunkan teknologi terkini mereka tersendiri dalam industri kimia dan biokimia seperti yang disenaraikan di atas.

Keperluan Akademik

  • PNGK 2.50 dan ke atas daripada universiti yang diiktiraf; atau

  • PNGK 2.00 – 2.49 daripada universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja; atau

  • Minimum PNGK 3.00 daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan; atau

  • PNGK 2.99 dan ke bawah daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan dan 5 tahun pengalaman kerja.

Syarat Bergraduat

Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan.

Kursus Teras

  • Kaedah Penyelidikan & Inovasi

  • Reka Bentuk Sistem

  • Proses Tindakbalas Lanjutan

  • Projek 1 & 2

  • Dinamik dan Kawalan Proses Lanjutan

  • Teknik Simulasi Untuk Aplikasi Kejuruteraan Kimia

  • Teknologi Pemisahan Lanjutan

Kursus Elektif

  • Teknologi Biofarmaseutikal

  • Kejuruteraan Biobahan Lanjutan

  • Eko-Komuniti Simbiosis

  • Tenaga Suria

  • Analisis Risiko Kuantitatif

  • Pemantauan Pendedahan Kimia

  • Proses Petrokimia dan Plastik

  • Proses Rawatan Air Sisa Lanjutan

  • Teknologi Karbon Rendah

  • Kejuruteraan Bioproses

  • Proses Hiliran Biologi

  • Penukaran Biojisim dan Biorefineri

  • Nanobahan dan Nanoteknologi

  • Teknologi Hidrogen dan Sel Fue

  • Analisis Konsekuensi

  • Amalan Kesihatan Industri dalam Industri Kimia

  • Pengurusan Sisa Industri

  • Pemulihan Tenaga dari Bahan Bakar Sisa dan Biojisim

Yuran

Sebarang pertanyaan sila hubungi