Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Komunikasi

Program Kerja Kursus

Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
40 Jam Kredit

Mengenai Kursus

Negara memerlukan sumber manusia yang kompeten seiring dengan kemajuan pesat industri telekomunikasi dan rangkaian komputer sebelum tahun 2020 untuk mencapai status negara maju. Pendedahan kepada ilmu terkini dalam kejuruteraan komputer dan telekomunikasi memberikan peluang yang luas kepada pelajar untuk berkhidmat di pelbagai sektor pekerjaan seperti telekomunikasi (elektronik perhubungan), sektor perkilangan dan pembuatan (pengalatan & kawalan, mekatronik), industri komputer dan teknologi maklumat (sistem maklumat dan kejuruteraan komputer)

Keperluan Akademik

  • PNGK 2.50 dan ke atas daripada universiti yang diiktiraf; atau

  • PNGK 2.00 – 2.49 daripada universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja; atau

  • Minimum PNGK 3.00 daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan; atau

  • PNGK 2.99 dan ke bawah daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan dan 5 tahun pengalaman kerja.

Syarat Bergraduat

Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan.

Kursus Teras

  • Kaedah Penyelidikan dan Inovasi

  • Kecerdasan Buatan dan Analitik Data

  • Komunikasi Data

  • Projek I & II

  • Penyepaduan Sistem Kompleks

  • Internet Pelbagai Benda dan Aplikasi Industri

Kursus Elektif

  • Komunikasi Analog dan Digital

  • Antena dan Litar Frekuensi Radio

  • Sistem dan Rangkaian Komunikasi Bergerak

  • Sistem Komunikasi Optik Termaju

  • Komunikasi Multimedia

  • Komunikasi Satelit

  • Kriptografi dan Keselamatan Siber

  • Pengkomputeran Awan

  • Visualisasi Perisian

Yuran

Sebarang pertanyaan sila hubungi