Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal
Program Kerja Kursus
Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
40 Jam Kredit
Mengenai Kursus
Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan sebagai program kerja kursus. Program ini meliputi kursus-kursus teras bidang kejuruteraan mekanikal
iaitu termobendalir, mekanik gunaan, bahan dan proses termaju. Dalam kursus-kursus tersebut, pelajar didedahkan kepada trend dan isu terkini dalam bidang yang dipelajari. Pelajar turut didedahkan kepada
pengurusan penyelidikan dan aspek keusahawanan.
Keperluan Akademik
PNGK 2.50 dan ke atas daripada universiti yang diiktiraf; atau
PNGK 2.00 – 2.49 daripada universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja; atau
Minimum PNGK 3.00 daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan; atau
PNGK 2.99 dan ke bawah daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan dan 5 tahun pengalaman kerja.
Syarat Bergraduat
Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan.
Kursus Teras
Kaedah Penyelidikan untuk Sains dan Teknologi
Kaedah Komputeran Kejuruteraan
Instrumentasi Termaju
Teknologi Metalurgi dan Reka bentuk Aloi Lanjutan
Rekabentuk Kejuruteraan Mekanikal
Sistem Tenaga Terma
Projek Sarjana I & II
Kursus Elektif
Kejuruteraan Forensik
Proses Pembuatan Lestari
Teknologi Bahan
Keutuhan Permukaan
Aliran Berkelajuan Tinggi
Aplikasi Termo Bendalir dalam Kenderaan
Interaksi Bendalir-Struktur
Mesin Turbo
Dinamik Sistem Pelbagai Jasad dan Getaran
Mekanik Pepejal Lanjutan
Teknologi Pemantauan Sistem Mekanikal
Analisis Isyarat Mekanikal
Mekatronik dan Sistem Fizikal Siber
Matematik Gunaan Lanjutan
Internet Pelbagai Benda dan Aplikasi Industri
Kecerdasan Buatan dan Analitik Data
Pengkomputeran Awan
Sebarang pertanyaan sila hubungi