Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Kejuruteraan dalam Mikroelektronik

Program Kerja Kursus & Program Pembelajaran Jarak Terbuka

Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
40 Jam Kredit

Mengenai Kursus

Program Sarjana Kejuruteraan Mikroelektronik adalah program khusus dalam bidang mikroelektronik di peringkat pengajian sarjana. Program ini merangkumi pelbagai kursus terkini yang berkaitan dengan bidang mikroelektronik dan nanoelektronik. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah berketepatan dengan perkembangan ilmu semasa dan memenuhi kehendak industri. Kursus-kursus ini sentiasa ditambahbaik agar ianya kekal relevan dengan perkembangan sains dan teknologi. Silibus yang dibangunkan telah mengambil kira pandangan dan cadangan dari pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk industri yang berkaitan. Diakhir program ini, graduan yang dihasilkan akan mampu melaksanakan tanggungjawab seabgai jurutera terlatih yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam bidang mikroelektronik.

Keperluan Akademik

  • PNGK 2.50 dan ke atas daripada universiti yang diiktiraf; atau

  • PNGK 2.00 – 2.49 daripada universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja; atau

  • Minimum PNGK 3.00 daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan; atau

  • PNGK 2.99 dan ke bawah daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan dan 5 tahun pengalaman kerja.

Syarat Bergraduat

Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan akhir.

Kursus Teras

  • Kaedah Penyelidikan dan Inovasi

  • Fizik Semikonduktor Termaju

  • Matematik Berkomputasi dan Statistik

  • Reka Bentuk Litar Bersepadu Termaju

  • Projek I & II

  • Fabrikasi & Pakej Litar Bersepadu

  • Peranti Nanoelektronik

Kursus Elektif

  • Reka Bentuk Sistem atas Cip (SoC)

  • Teknologi Pengesan Optik

  • Kecerdasan Buatan (AI) dan Analitik Data

  • Reka Bentuk Sistem Terbenam

  • Reka Bentuk Litar Bersepadu Digital

  • Reka Bentuk Penghantar-terima RF Bersepadu

  • Reka Bentuk Litar Bersepadu Analog CMOS

  • Penderia MEMS dan Penggerak

  • Internet Pelbagai Benda (IoT) dan Aplikasi Industri

  • Pengkomputeraan Awan (Cloud Computing)

Yuran

Sebarang pertanyaan sila hubungi