Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Sekitaran

Program Kerja Kursus

Sepenuh Masa : 1 – 2 tahun
Separuh Masa : 2 – 4 tahun
40 Jam Kredit

Mengenai Kursus

Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Sekitaran ditawarkan oleh Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. Ia menggabungkan pengetahuan dalam bidang sains sekitaran yang merangkumi ekosistem, impak dan pengurusan, pengurusan sisa pepejal dan cecair, kejuruteraan air sisa, dan reka bentuk alat kawalan pencemaran udar. Program sarjana ini merupakan program multidisiplin yang menggabungkan tiga program kejuruteraan iaitu kejuruteraan kimia, kejuruteraan awam dan kejuruteraan mekanikal. Antara kursus yang ditawarkan adalah Pengurusan Alam Sekitar: Ekologi, Audit dan Taksiran Kesan, Pengurusan Sisa Buangan Industri, Kimia Pencemaran Udara dan Alat Kawalan, Rawatan Air Sisa dan Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran.

Keperluan Akademik

  • PNGK 2.50 dan ke atas daripada universiti yang diiktiraf; atau

  • PNGK 2.00 – 2.49 daripada universiti yang diiktiraf dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja; atau

  • Minimum PNGK 3.00 daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan; atau

  • PNGK 2.99 dan ke bawah daripada universiti yang diiktiraf bagi calon dengan latar belakang bukan kejuruteraan dan 5 tahun pengalaman kerja.

Syarat Bergraduat

Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan.

Kursus Teras

  • Kaedah Penyelidikan dan Inovasi

  • Projek I & II

  • Pengurusan Alam Sekitar: Ekologi, Audit & Taksiran Kesan

  • Proses Rawatan Air Sisa Lanjutan

  • Pengurusan Sisa Industri

  • Pengurusan Sisa Pepejal Perbandaran

  • Kimia Pencemaran Udara dan Alat Kawalan

Kursus Elektif

  • Analisis Risiko Sekitaran

  • Teknologi Karbon Rendah

  • Kecerdasan Buatan & Analitik Data

  • Eko-Komuniti Simbiosis

  • Permodelan Air Bandaran

  • Penukaran Biojisim dan Biorefineri

  • Pemulihan Tenaga dari Bahan Bakar Sisa & Biojisim

  • Amalan Kesihatan Industri dalam Industri Kimia

Yuran

Sebarang pertanyaan sila hubungi