Sarjana Senibina
Program Kerja Kursus
Sepenuh Masa : 2 – 4 tahun
45 Jam Kredit
Mengenai Kursus
Program ini direka bentuk bagi menghasilkan graduan dalam bidang seni bina yang kreatif dan inovatif, dan mempunyai nilai moral dan etika yang tinggi. Graduan dibentuk agar berupaya untuk membangunkan keilmuan alam bina dan menghasilkan seni bina yang relevan mengikut kehendak semasa di samping mengekalkan warisan dan identiti seni bina kebangsaan, sejajar dengan misi UKM untuk mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan. Elemen penting seni bina seperti komuniti dan kelestarian juga ditekankan di dalam program ini. Program Sarjana Senibina ini juga selaras dengan kehendak-kehendak Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) bagi memenuhi keperluan sumber manusia negara dalam industri berkaitan di sektor awam dan swasta mengikut permintaan dalam pasaran semasa dan prospek jangka panjang di peringkat tempatan dan juga global.
Keperluan Akademik
- PNGK 3.00 dan ke atas : Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian daripada Universiti yang diiktiraf oleh Senat UKM dan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan pengalaman selama 6 bulan dalam bidang seni bina/setaraf selepas mendapat ijazah.
- PNGK 2.99 dan ke bawah : Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan kepujian daripada Universiti yang diiktiraf oleh Senat UKM dan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) serta 12 bulan pengalaman dalam bidang seni bina/setaraf selepas mendapat ijazah.
Syarat Bergraduat
Penilaian kursus dijalankan tanpa peperiksaan.
Kursus Teras
Studio Reka Bentuk Seni Bina I & II
Kaedah Penyelidikan Seni Bina
Perancangan dan Reka Bentuk Bandar
Seni Bina Warisan dan Alam Sekitar Lestari
Projek Penyelidikan Seni Bina
Teknologi Bangunan Bersepadu I & II
Tesis Reka Bentuk Seni Bina I & II
Amalan Profesional Seni Bina I & II
Sebarang pertanyaan sila hubungi