Info Session Tech Planter

Info Session Tech Planter
Kami mengalu-alukan warga UKM untuk menghadiri sesi maklumat mengenai TECH PLANTER yang dianjurkan bersama Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM).
Butiran program :
Tarikh : 14 Mac 2025 (Jumaat)
Masa : 10am – 12pm
Google Meet : meet.google.com/six-pkkz-jid
TECH PLANTER merupakan sebuah ‘Seed Accelerator’ dan juga ekosistem untuk pemula dan kumpulan penyelidikan yang dianjurkan oleh Leave a Nest, syarikat Jepun yang memberi tumpuan kepada pembangunan inovasi sains dan teknologi.
Matlamat TECH PLANTER ialah untuk membantu pemula dan juga kumpulan penyelidik dalam berkongsi penyelidikan atau teknologi mereka ke arah pengkomersilan.
Ekosistem ini menyediakan pelbagai sumber bantuan termasuk mentorship, peluang rangkaian, pembiayaan dan sebagainya.
TECH PLANTER terbuka kepada pelbagai bidang sains dan teknologi seperti bioteknologi, penjagaan kesihatan, robotik, AI, IoT dan lain-lain