TECH PLANTER IN MALAYSIA : INFO SESSION
TECH PLANTER IN MALAYSIA : INFO SESSION
TECH PLANTER IN MALAYSIA : INFO SESSION
Tarikh : 15 Januari 2025
Masa : 2.30 petang – 4.00 petang
Google Meet : https://global.lne.st/TPMY_Infosession
Kami dengan hormatnya menjemput warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menghadiri sesi maklumat mengenai TECH PLANTER yang dianjurkan bersama Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM).
TECH PLANTER merupakan sebuah program Seed Accelerator serta ekosistem sokongan untuk syarikat pemula dan kumpulan penyelidikan yang dianjurkan oleh Leave a Nest, sebuah syarikat dari Jepun yang memfokuskan kepada pembangunan inovasi dalam bidang sains dan teknologi.
Matlamat utama TECH PLANTER adalah untuk membantu syarikat pemula dan kumpulan penyelidik berkongsi hasil penyelidikan serta teknologi ke arah pengkomersilan. Ekosistem ini menyediakan pelbagai bentuk sokongan termasuk bimbingan mentor, peluang jaringan industri, akses pembiayaan serta sokongan strategik lain.
Program ini terbuka kepada pelbagai bidang sains dan teknologi antaranya bioteknologi, penjagaan kesihatan, robotik, kecerdasan buatan, Internet of Things serta bidang berkaitan yang lain.