Ucapan Tahniah: Anugerah Penderma Darah Delima; Aferesis Lelaki
Unit Integriti & Ombudsman mengucapkan tahniah kepada Encik Rajan Munusamy, Penolong Pendaftar Kanan, Unit Integriti & Ombudsman UKM atas penerimaan Anugerah Penderma Darah Delima; Aferesis Lelaki sempena Majlis Apresiasi Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan & Sambutan Jubli Perak Pusat Darah Negara Tahun 2025 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025 yang lalu.
Setiap titisan darah yang disumbangkan adalah harapan buat mereka yang memerlukan. Semoga niat mulia ini juga menjadi amal yang berpanjangan, serta menjadi teladan kepada warga UKM agar terus berbakti kepada masyarakat.
#AnugerahDelima(PendermaDarah:Aferesis)
