Visi, Misi, Objektif & Moto

Visi

Menjadi Universiti yang menjunjung dan menegakkan nilai integriti ke arah tadbir urus terbaik dan budaya kerja unggul serta membendung salahlaku dan pelanggaran etika organisasi.

Misi

Menjadi pusat rujukan kepada pengurusan isu-isu integriti di Universiti.

Objektif

Menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan integriti supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku, tindakan korektif dan punitif dapat dilaksanakan secara lebih fokus, terancang, efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.

Moto

“Mendahului Nilai, Wibawa dan Citra UKM”