Bengkel Kumpulan Fokus Buku 101 Persoalan Integriti & Program Pengukuhan Pasukan UIO 2023

Unit Integriti & Ombudsman (UIO) telah mengadakan Bengkel Kumpulan Fokus Buku 101 Persoalan Integriti & Program Pengukuhan Pasukan UIO 2023 pada 19 – 21 Julai 2023 bertempat di Hotel Heritage, Cameron Highlands.

Agenda utama bengkel ini adalah untuk membangunkan Buku 101 Persoalan Integriti yang dihasrat akan dijadikan panduan kepada semua golongan pembaca terutama Unit Integriti di Universiti Awam.

Bengkel ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan UIO bagi memupuk kerjasama dan semangat berpasukan dalam meningkatkan produktiviti pejabat.

Turut dilaksanakan Majlis Apresiasi dan Penyampaian Hadiah bagi meraikan pemenang Aktiviti Pengukuhan Pasukan, pemenang Pertandingan “Sustain Your Step” peringkat UIO serta penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Anugerah Berprestasi Cemerlang UIO 2023.

Pemenang bagi Aktiviti Pengukuhan : Permainan Dam Antirasuah

Tempat Pertama: Kumpulan Khalifah 2 terdiri daripada En. Rajan Munusamy (Ketua), Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin dan Cik Nur Adriana Athirah Zulkafli.

Tempat Kedua: Kumpulan Khalifah 1 terdiri daripada En. Ahmad Sharif Haron (Ketua), Pn. Ummu Farah Fais, dan Cik Zulaikha Masom

Tempat Ketiga: Kumpulan Khalifah 3 terdiri daripada To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Pn. Anis Syahirah Abdul Karim dan Pn. Nursyafiqah Sharmeen Hussin

Pemenang Pertandingan “Sustain Your Step” Peringkat UIO

Tempat Pertama: Pn. Ummu Farah Fais
Tempat Kedua: Pn. Nursyafiqah Sharmeen Hussin
Tempat Ketiga: Pn. Anis Syahirah Abdul Karim

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023: En. Rajan Munusamy
Anugerah Berprestasi Cemerlang (Kategori P&P): En. Ahmad Sharif Haron
Anugerah Berprestasi Cemerlang (Kategori Pelaksana): Cik Zulaikha Masom

“Mendahului Nilai, Citra dan Wibawa UKM”

Similar Posts