Program Pemantapan Pegawai Tadbir UKM, Siri 10: Pengurusan Integriti dan Perundangan

Unit Integriti & Ombudsman dan Pejabat Penasihat Undang-Undang telah diberi tanggungjawab untuk menyampaikan modul bagi Program Pemantapan Pegawai Tadbir UKM, Siri 10: Pengurusan Integriti dan Perundangan. Siri 10 ini telah berlangsung pada 29-30 April 2024 bertempat di Auditorium Perpustakaan Lingkungan 2, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Modul kali ini berfokus kepada memberikan pengetahuan dan perkongsian kepada semua Ketua Pentadbiran di UKM berkenaan Pengurusan Aduan, Pengurusan Siasatan, Aduan Ombudsman, Pengurusan Kes Gangguan Seksual serta proses yang terlibat di Unit Integriti & Ombudsman.
 
Modul ini juga memberi penerangan berkenaan Pengurusan Tatatertib di bawah Akta 605 dan Pengurusan Salah Laku staf di PTj yang dikendalikan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang.
Selain itu, modul ini turut memberikan penerangan berkaitan Prinsip Undang-Undang dan Pentadbiran serta Isu dan Cabaran Integriti dalam Perkhidmatan.
 
Kumpulan penceramah diketuai oleh Encik Rajan Munusamy, Ketua Penolong Pendaftar/Ketua Pentadbiran Unit Integriti & Ombudsman (UIO), bersama Encik Ahmad Sharif Haron dan Puan Nur Adriana Athirah Zulkafli, Penolong Pendaftar UIO dan Puan Nurhamizah Mahmud, Pegawai Undang-Undang daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang.
 
 

Similar Posts