Program Pengukuhan Integriti: Lawatan ke Penjara Kajang, Selangor

Pusat Integriti & Ombudsman, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan satu program lawatan ke Penjara Kajang pada 19 Jun 2026 yang lalu.

Seramai 40 orang kakitangan dari pelbagai Pusat Tanggungjawab di UKM telah menyertai lawatan ini yang bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada peserta tentang realiti kehidupan di sebalik tirai besi, fungsi penjara sebagai institusi pemulihan dalam sistem keadilan jenayah negara, melihat keadaan sebenar kehidupan banduan, mengetahui program-program pemulihan yang dijalankan, dan peranan pihak penjara dalam membentuk semula individu yang telah melakukan kesilapan agar mereka dapat kembali menjadi anggota masyarakat yang berguna.

Selaku penganjur, Pusat Integriti & Ombudsman UKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pusat Penjara Kajang atas kesudian menerima lawatan dari UKM. Semoga hubungan profesional ini terus diperkukuh demi pembudayaan integriti yang mampan sepanjang masa.

Similar Posts