Mesyuarat Tapak No.3 : Kerja-Kerja Menaik Taraf Aras 2 dan 3 Blok Hotel kepada Pejabat UKM ISN-SDG telah diadakan pada 23 Jun 2025 yang dipengerusikan oleh Ts. Herwan Sham Harun, Timbalan Pengarah (Penyelenggaraan & Operasi) Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP)UKM. Turut Hadir Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin; Pengarah Pusat Perundingan Strategik Antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan (UKM ISN-SDG), Prof. Madya Dr. Azahan Awang; Timbalan Pengarah II (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UKMShape, En. Mohd Zaki Jais, Pn Hartini Mohamad Isa, beberapa pegawai lain serta kumpulan Kontraktor dari CSSB Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Mohd Nasrul Idris.
.
Mesyuarat ini merupakan mesyuarat kali ketiga diadakan untuk memantau prestasi keseluruhan naik taraf. Secara akumulatifnya, Kemajuan asal ialah 62%, manakala kemajuan sebenar ialah pada 72% dan status menujukkan prestasi cepat dari jangkaan plan sebanyak 10% bersamaan 16 hari. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang harus diselesaikan seperti dijadualkan terutama kerja-kerja elektrikal. Pihak CSSB juga dimohon untuk memperkemaskini laporan mesyuarat supaya lebih kemas dan lengkap.
.
Semoga kerja naik taraf ini dapat disiapkan sebelum atau pada 26 Ogos 2025 seperti yang dijadualkan. Pihak UKM ISN-SDG mnegucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dalam mengjayakan kerja kerja naik taraf ini.
.
LIKE and Follow kami! Facebook: https://bit.ly/FacebookUKM-ISNSDG
.