Pada 22 Januari 2025, Pusat Perundingan Strategik Antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan UKM (UKM ISN-SDG) yang diketuai oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin selaku Pengarah telah menerima kunjungan hormat dari ahli jawatankuasa SDG 11 UKM (Bandar dan Komuniti Mampan) yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh @ Hussain; Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan), diiringi Puan Wan Nur’ashiqin Binti Wan Mohamad; Guru Bahasa Kanan CITRA-UKM, Puan Nasywa Binti Sahrozi, Muhammad Wahana Alim Md Saleh, Cik Husna Shakira Binti Mohamad Nor dan Encik Mohamad Afiq Bin Ismail.
.
Dalam kunjungan ini, pelbagai idea dan kemaskini aktiviti SDG11 telah disampaikan, malah beberapa program kerjasama turut dirancang terutamanya pada penggal pertama tahun ini demi melestarikan program di UKM dan memenuhi pencapaian KPI Kelestarian terutama SDG11.
.