Bicara UKM ISN-SDG 2026
“Sustainability Leadership: Tomorrow is Too Late”
Pada 21 Mei 2026, Pusat Perundingan Strategik Antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan UKM (UKM ISN-SDG) telah berjaya menganjurkan program Bicara UKM ISN-SDG bertempat di Bangunan Akademia Siber Teknopolis (AST), Universiti Kebangsaan Malaysia.
.
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah UKM ISN-SDG dan menampilkan Dr. Syafrina Sharif, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TerraLestar International sebagai penceramah jemputan yang berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan kepimpinan kelestarian dalam mendepani cabaran global masa kini.
.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Prof. Madya Dr. Salvinder Singh a/l Karam Singh, Felo Bersekutu UKM ISN-SDG, Prof. Madya Dr. Nur Ehsan bin Mohd Said serta Ts. Yuriny Adnan, PMP, Pengurus Besar UKM Pakarunding.
.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga universiti mengenai kepentingan Kepimpinan Kelestarian dalam memperkukuh agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs), selaras dengan aspirasi universiti dan pembangunan mampan negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua PTJ di UKM yang telah hadir memberikan sokongan dan komitmen sepanjang program berlangsung, antaranya:
✨ Pusat PERMATA@Pintar Negara (kehadiran paling ramai)
✨ Fakulti Pendidikan (FPEND)
✨ Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
✨ Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM)
✨ Fakulti Farmasi
✨ Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB)
✨ UKM Graduate School of Business (UKM-GSB)
✨ Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
✨ Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK)
✨ Pusat Strategi UKM
✨ Jabatan Pendaftar
✨ Jabatan Bendahari
✨ Pusat Komunikasi Korporat
✨ Jana@UKM
✨ Digital UKM
.
Penghargaan turut dirakamkan kepada semua pensyarah, pegawai, pelajar serta peserta yang mengikuti program ini secara atas talian menerusi FB Live.
Terima kasih atas sokongan dan penyertaan semua pihak dalam menjayakan program ini dengan cemerlang.