𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐢𝐬𝐢𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐒𝐮𝐤𝐚𝐫𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐞𝐫𝐯𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐫𝐢𝐧 𝐔𝐊𝐌 𝟐𝟎𝟐𝟔
Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Pusat Perundingan Strategik Antarabangsa dan Matlamat Pembangunan Mampan (UKM ISN-SDG), dengan kerjasama LegeS Divers (NGO) dan Jabatan Perikanan Malaysia, telah menganjurkan Program Inisiatif Sukarelawan Konservasi Marin UKM 2026 di Kampung Salang, Pulau Tioman pada 3–5 Julai 2026.
.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norazah Mohd Nordin, Pengarah UKM ISN-SDG, manakala Fakulti Sains dan Teknologi diwakili oleh Dr. Rosafizah Mohamed Idrus, Ketua Pentadbiran FST. Program ini turut disertai oleh kakitangan UKM, kakitangan FST serta komuniti penyelam.
.
Program ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara universiti, agensi kerajaan, NGO dan komuniti penyelam melalui pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan serta pemuliharaan ekosistem marin.
.
Seramai 24 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada 13 kakitangan UKM dan 11 orang komuniti penyelam.
.
Program ini juga merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara UKM, LegeS Divers dan Jabatan Perikanan Malaysia yang telah dilaksanakan secara berterusan selama enam tahun, sejak tahun 2021.
.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:
.
Hasil program ini, sebanyak 15 kerangka terumbu karang berjaya dibersihkan dan 120 fragmen karang berjaya ditanam semula, sekali gus menyumbang kepada usaha pemuliharaan biodiversiti marin negara.
.
Program ini turut menyokong pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) iaitu SDG 4: Pendidikan Berkualiti, SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan, SDG 14: Kehidupan di Bawah Air, serta SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat.



