Perbincangan bersama Prof. Madya Sr. Ts. Gs. Dr. Khairul Nizam Maulud, Timbalan Pengarah Eksekutif (Kelestarian) & Unit Kelestarian Pusat Strategi UKM pada 10 Januari 2025 bertempat
di UKMShape.
Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan inisiatif kelestarian di UKM. Sesi ini akan memberi fokus kepada pelaksanaan dan kerjasama yang diperlukan untuk memperkukuh komitmen UKM dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Perbincangan ini juga diharapkan dapat mengenal pasti peluang baharu, cabaran serta penambahbaikan bagi memastikan UKM terus menjadi institusi perintis dalam agenda kelestarian.
