Perbincangan UKM Net Zero 2025 bersama Prof. Ar. Dr. Lim Chin Haw dan ahli penyelidik dari Institut Penyelidikan Tenaga Suria UKM (SERI) pada 8 Januari 2025 yang bertempat di UKMShape. Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan idea, strategi dan langkah-langkah yang dapat diambil untuk mencapai objektif yang telah dirancang. Sesi ini juga memberikan peluang untuk bertukar pandangan dan memastikan keselarasan dalam usaha yang dijalankan.

