Journal of Contemporary Islamic Law

No eISSN: 0127-788X

2018 3(1)

1 JUNE 2018

Garis Panduan dalam Penyediaan Borang Hibah di Mahkamah Tinggi Syariah
Guideline in Preparing Hibah Document at The Shariah High Court

Adilah Binti Mohd Sa’afie, adilahsaafie@gmail.com
Postgraduate Student, Centre for Contemporary Fiqh and Shahria Compliance, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zamro Bin Muda, zamro@ukm.edu.my
Centre for Contemporary Fiqh and Shahria Compliance, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Received: 9 January 2018 | Accepted: 21 May 2018 | Published: 1 June 2018

2018, Vol. 3(1), pp. 1-7.  |  PDF

Instrumen perancangan harta melalui hibah mula berkembang apabila munculnya pelbagai institusi yang menawarkan penyediaan dokumen hibah. Pelbagai metod yang dilakukan oleh institusi terlibat untuk menarik perhatian masyarakat dalam erti kata lain untuk memberitahu tentang kepentingan hibah sebagai salah satu instrumen perancangan harta, seperti melalui media cetak dan media elektronik. Namun begitu, perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah sejauh mana dokumen yang disediakan oleh institusi tersebut diterimapakai di Mahkamah Syariah apabila berlakunya perkara berbangkit kelak. Justeru itu, artikel ini bertujuan mencadangkan garis panduan di Mahkamah Syariah dalam menentukan kesahan sesuatu kes hibah. Data-data kajian ini diperoleh melalui kajian-kajian kes hibah yang lepas dan temu bual daripada hakim yang terlibat secara langsung dalam menyelidik tentang kesahan sesuatu kes hibah. Hasil kajian ini mendapati bahawa kesahan sesuatu kes hibah perlu menepati rukun dan syarat hibah yang telah digariskan di dalam Islam sama ada dengan adanya dokumen ataupun sebaliknya. Wujudnya dokumen hibah juga terbukti lebih memudahkan proses pengesahan di Mahkamah Tinggi Syariah. Satu garis panduan berhubung hibah dapat dihasilkan bagi memudahkan syarikat-syarikat khususnya dan orang awam amnya dalam mengunakan hibah sebagai instrumen perancangan harta.

Kata Kunci: hibah, dokumen hibah, garis panduan, Mahkamah Syariah, kesahan hibah.

 

Instrument of wealth management through hibah starts to develop during the emergence of various type of institutions offering for hibah document preparation. Various methods were implemented by the involved institution to attract the potential clients or to give information about the importance through hibah as one of instruments of wealth planning, such as through the printed and electronic media. However, the acceptance by the Shariah Court to the documents provided by the institutions involved when there will be arising or conflict matters in future remains a question. Therefore, this article proposes a guideline for Shariah Court in determining the validity of hibah’s case. The data was collected from the case studies and interviews to the judges who are directly involved in determining the genuinity of the cases. The findings of this research show that the genuinity of the cases must principle to the rules and regulations of hibah in Islam either with the document or not. For the case with the document, it helps to minimize a proceeding in Shariah High Court. A guideline about hibah can be generated as the information and knowledge for the citizen especially those whom are using hibah as instrument in their wealth management.

Keywords: hibah, document of hibah, guideline, Shariah Court, validity of hibah

al-Quran al-Karim.

Alias Azhar. t.th. Hibah Komersial di Malaysia: Satu Tinjauan di Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Selangor 2003.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003.

Ibn Qudamah, ‘Abd Allah bin Ahmad. T.th. al-Mughni. Juz 6.Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.

Ibn Rushd, Muhammad bin Ahmad. 1996. Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

al-Mahalli, Jalalludin. t.th. Kanzu al-Raghibin Sharh Minhaj al-Talibin. Jil 2. Beirut: Lubnan.

Mahkamah  Tinggi Syariah Selangor. 2016. Statistik Kes Hibah 2010-2014. Shah Alam.

Muhammad bin Ismail al-Bukhari. 2002. Terjemahan Shahih Bukhari Jilid I, II, III, IV. Terj. Zainuddin Hamidy. Singapura: Darel Fajr Publishing House.

Muhammad Fadzil Athif. 2015. Penawaran produk hibah patuh syariah dalam industri perancangan dan pengurusan harta umat Islam di Malaysia. Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam 2015, hlm. 37-43.

Nasir Aziz. 2017. Dokumentasi Hibah. Temubual.

Nasrul Hisyam Nor Muhamad. 2011. Hibah dalam Undang-undang Islam: Prinsip dan Amalan. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.

Nasrul Hisyam Nor Muhammad. 2015. Cabaran Aplikasi Hibah di Malaysia. Prosiding Seminar Hibah Dalam Pengurusan Harta Islam 2015, hlm. 1-8.

Al-Nawawi, Abi Zakaria Muhyiddin bin Syarf. 1995. Kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab li al-Syirazi. Jeddah: Maktabah al-Irsyad.

Nurul Huda binti Abdullah. 2012. Pelaksanaan amanah hibah di CIMB Trustee Berhad dan Amanah Raya Berhad. Disertasi Sarjana, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rusnadewi Abdul Rashid & Nor Hisyam Ahmad. 2013. Pengurusan harta melalui hibah: kepentingan dan manfaat dari pelbagai aspek untuk kemajuan ummah. Jurnal Hadhari 5(1): 91-104.

Sayyid Sabiq. 1416H/1995. Fiqh al-Sunnah. jil. 3. Kaherah: al-Fath li cIlam al-cArabi.

Sayyid Sabiq. 1999. Fiqh al-Sunnah. Jil. 3. Kaherah: Dar al-Fath li al-I’lam al-‘Arabi.

Sayyid Sabiq. 2004. Fiqh al-Sunnah. Jil. 4. Terj. Nor Hasanuddin. Jakarta: Penerbit Pena.

Siti Madihah binti Ruzmi. 2016. Hibah sebagai instrumen perancangan harta. Bandar Baru Bangi. Temu bual, 11 Julai.

al-Sharbini, al-Khatib. t.th. al-Iqna’ fi Hal al-Alfaz Abi Suja’. Jil. 2. Beirut: Dar Kutub al-Ilmiyyah.

alSharbini, al-Khatib. 1939. Mughni al-Muhtaj. Jil. 2, 3 & 4. Mesir: Maktabah al-Halabi.

al-Zuhayli, Wahbah. 1996. al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh. Jil. 5. Damsyik: Dar al-Fikr.

al-Zuhayli, Wahbah. 1999. Fiqh dan Perundangan Islam. Terj. Ahmad Shahbari Salamon. Jil. V. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.