2026 11(1)
JUNE 2026
Penetapan Had Masa Tuntutan Harta Sepencarian Selepas Kematian Pasangan: Kajian Kes Di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru
Determination of The Time Limit of Matrimonial Property ‘After the Death of a Spouse’: A Case Study at the Syariah High Court of Johor Bahru
Nur Hanis Shafinaz Mahat
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia
Norhoneydayatie Abdul Manap, norhoney@ukm.edu.my
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia
Rahmawati
Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Parepare, Indonesia
Received: Aug 8, 2025 | Revised: May 22, 2026 | Accepted: June 3, 2026 | Published: June 15, 2026
2026, Vol. 11(1), pp. 37-49. | PDF
DOI: https://doi.org/10.26475/jcil.2026.11.1.04
Harta sepencarian telah diiktiraf oleh Undang-Undang Keluarga Islam di setiap negeri dan boleh dituntut atas sebab perceraian, poligami atau kematian walaupun tidak pernah dinyatakan di dalam al-Quran mahupun Hadis. Namun demikian, undang-undang bagi harta sepencarian disebabkan kematian pasangan tidak diperuntukkan secara jelas mengenai tempoh had masa tuntutan di dalam mana-mana statut undang-undang dan menyebabkan kekeliruan timbul bagi pihak-pihak yang ingin menuntut. Justeru, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti sebab-sebab tiada kepastian tempoh had masa yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru bagi membuat tuntutan harta sepencarian selepas berlaku kematian pasangan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menganalisis dokumen melalui 13 kes daripada 30 kes yang dilaporkan di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru dari tahun 2022 hingga 2024. Selain itu, temu bual separa struktur dengan 3 informan telah dilaksanakan yang terdiri daripada seorang Hakim Syarie, penolong pendaftar dan pegawai sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tiada tempoh khusus dibenarkan untuk membuat harta sepencarian selepas kematian. Pihak yang membuat tuntutan boleh menuntut harta tersebut pada bila-bila masa dan tempoh kebiasaan tuntutan dibuat adalah dengan waktu yang sesegera mungkin. Oleh itu kajian mencadangkan agar terdapat penetapan undang-undang mengenai tempoh had masa agar permohonan atau tuntutan mengenai harta sepencarian dapat dilaksanakan dengan lebih bersistematik.
Kata Kunci
Harta sepencarian, tempoh had masa, selepas kematian pasangan, Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru, tuntutan
Matrimonial property is recognised under Islamic Family Law in every state and may be claimed on the grounds of divorce, polygamy, or death even though it is not explicitly stated in the Quran or hadis. However, the law regarding determination of time limit of matrimonial property after the death of a spouse is not clearly provided for in any statute, which leads to confusion for parties wishing to make such claims. Therefore, the objective of this study is to identify the reasons for the absence of a clear limitation period permitted by the Syariah High Court of Johor Bahru in claims made after the death of a spouse. This qualitative research involves document analysis of cases reported at the Syariah High Court of Johor Bahru from 2022 to 2024. In addition, semi-structured interviews were conducted with a Syariah Judge, an assistant registrar, and a sulh officer from the same court. The findings of the study show that there is no specific time limit imposed for claiming matrimonial property after the death of a spouse. The claimant may file a claim at any time, and such claims are usually made as reasonably possible. Therefore, the study suggests that a clear statutory provision be established on the limitation period so that applications or claims relating to matrimonial property can be conducted in more systematic manner.
KEYWORDS
matrimonial property, limitation period, death of a spouse, Syariah High Court Johor Bahru, claims
Abdul Rahman, N. I., & Mohd Zin, N. (2020). Tuntutan harta sepencarian selepas kematian pasangan menurut perspektif undang-undang keluarga Islam dan amalan Mahkamah Syariah di Malaysia. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 32(2), 243-268.
Abdullah, Raihanah. (2009). Penangguhan Kes Di Mahkamah Syariah: Cabaran dan Penyelesaian. Jurnal Syariah. 7(1),1-30.
Ahmad Hidayat Buang. (2003, 21 Oktober). Faktor-faktor penangguhan kes-kes mal di mahkamah syariah di Malaysia berasaskan kepada fail-fail kes mahkamah [Pembentangan kertas kerja]. Seminar Penyelidikan Projek Keberkesanan Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur.
Ahmad, A. (2021). Harta sepencarian/aset perkahwinan bagi pembubaran perkahwinan di bawah Seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 serta Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 25(2),45-60.
Hasbullah, Badriah. (2017). Locus Standi Waris Dalam Tuntutan Harta Sepencarian Selepas Kematian di Mahkamah Syariah Di Malaysia. Tesis Sarjana. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ismail, Nik Roslini bt Raja. (1999). Kajian Perbandingan Mengenai Jangkamasa yang diambil untuk Menyelesaikan Kes-kes berhubung Perceraian serta Kekerapan Penangguhan Kes di antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Tesis Modul Praktikum, Diploma Pengurusan Awam, INTAN.
Khairani Nawawi. (2019). Tuntutan harta sepencarian dan amalan penyelesaian: Kajian terhadap kes-kes mal di Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan]. Universiti Utara Malaysia.
Mohd Norhusairi Mat Hussin. (2017, 13 Julai). Ulasan kes: Norhayati binti Yusoff lwn Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani. Journal of Shariah Law Research, 2(2), 255–262.
Miszari, Sitiris, Akmal Hidayah & Halim. (2010). Tuntutan Harta Sepencarian Dalam Kes Kematian, 22 KANUN (1).
JKSM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Arahan Amalan No.5 Tahun 2003.
Md Yazid Ahmad. (2010). Isu-isu Harta Sepencarian di Malaysia. Prosiding Seminar Undang-undang Keluarga Islam dan Isu-isu Semasa, Fakulti Pengajian Islam, UKM, 21 Mac 2010.
Rabi’ah Muhammad Serji, Mazliza Mohamad, Safinaz Mohd Hussein, & Mahmud Zuhdi Mohd Nor. (2021). Harta sepencarian: Isu dan konflik perundangan dalam tuntutan selepas kematian dari perspektif undang-undang tanah di Malaysia. ISLĀMIYYĀT, 43(Isu khas), 43–53