Journal of Contemporary Islamic Law

No eISSN: 0127-788X

2020 5(1)

15 JUNE 2020

Implikasi Pindaan Akta 164 Terhadap Perkahwinan dan Harta Pusaka Mualaf

The Implications of the Amenmend of Act 164 to Marriage and Inheritance Property of Convert

Rina Fakhizan Mohd Sukri, rinafakhizan@yahoo.com
Postgraduate Student, Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zuliza Mohd Kusrin, zuli@ukm.edu.my, Mohd Zamro Muda, zamro@ukm.edu.my
Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Received: 02 March 2020 | Accepted: 16 April 2020 | Published: 15 June 2020

2020, Vol. 5(1), pp. 9-15.  |  PDF

Pemelukan agama Islam oleh salah satu pihak, suami atau isteri perkahwinan sivil, lazimnya menimbulkan implikasi perundangan sama ada mengenai diri mualaf atau terhadap ahli keluarga. Isu berbangkit melibatkan pasangan daripada perkahwinan sivil, apabila salah seorang daripadanya memeluk agama Islam, antaranya ialah pembubaran perkahwinan, dan perwarisan serta pembahagian harta perkahwinan. Justeru, penulisan ini akan membincangkan pindaan terkini ke atas Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 atau Akta 164 yang melibatkan pasangan perkahwinan sivil yang memeluk Islam. Objektif penulisan ini ialah menilai implikasi pindaan Akta 164 terhadap permohonan pembubaran perkahwinan dan perwarisan serta pembahagian harta antara pasangan mualaf dan pasangan yang kekal sebagai non-muslim. Penulisan menghurai secara kualitatif data-data yang dikumpul menggunakan analisa deskriptif dan dipersembahkan mengikut tema tema yang sesuai. Analisis Data mendapati sebelum pindaan Akta 164 diluluskan, terdapat kes di mana harta pusaka mualaf diberikan kepada pasangannya yang tidak memeluk agama Islam. Ini kerana perkahwinan sivil mereka kekal dan sah dari sudut perundangan sivil dan tidak terbubar disebabkan pengislaman pasangannya. Seksyen 51 Akta 164 telah dipinda pada tahun 2017, namun sehingga kini masih belum terdapat kes-kes yang berkaitan. Namun, pindaan membolehkan perkahwinan sivil dibubarkan kerana hak diberi kepada pihak yang tidak memeluk Islam serta mualaf untuk memohon membubarkan perkahwinan sivil mereka. Kajian ini merumuskan bahawa selepas berlaku pindaan terhadap Akta 164, isu pembubaran perkahwinan sivil dapat diselesaikan termasuk juga isu pewarisan bagi pihak yang memeluk agama Islam. Pindaan ini secara langsung memudahkan kedua-dua pihak meyelesaikan isu pembahagian harta pusaka. Sekiranya perkahwinan telah terbubar secara langsung harta pusaka tidak akan dapat diwarisi oleh pihak yang tidak memeluk agama Islam dan pembahagian harta pusaka boleh dibahagikan kepada pihak yang layak untuk menerima. Sekiranya pihak yang memeluk agama Islam tidak mempunyai waris yang beragama Islam, harta pusaka tersebut akan diberikan kepada baitulmal.

Kata Kunci: Pindaan Akta 164, mualaf, pewarisan, perkahwinan, Malaysia

Conversion to Islam by one of the spouses in civil marriages, either by husband or wife, often raises legal implications to the new convert or his family members. Such issues concerns are dissolution of marriage, inheritance of property and division of matrimonial property between them. Thus, the objective of this article is to discuss on the recent amendment of Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 or Act 164 involving the converts. The objective of this article is to discusses on the legal implication of the amendment of Act 164 towards petition of dissolution of marriage, inheritance and division of matrimonial property, between the convert and his non-Muslim spouse. This is a qualitative research, where data collected are analysed descriptively and presented according to its relevant theme. The research discovers that before the amendment of the Act 164, there were decided cases that awarded Muslim’s covert property to the non-Muslim spouse. This is because a civil marriage does not automatically dissolve solely due to the conversion of his or her spouse. Since the amendment of section 51 of the Act 164 is in 2017, it is still early to evaluate on the effectiveness of the amendment. The research concludes that the amendment gives rights to both parties to apply for petition of divorce. The amendment of the Act 164 also provides that division of matrimonial property is given to Muslim’s legal heirs and if there are not any, it will be given to the Baitulmal. However, the amendment has given the jurisdiction to the civil courts to adjudicate the case based on civil law that impliedly has decreased the Sharia’s Court jurisdiction.

Keywords: amendment of Act 164, mualaf, inheritance, marriage, Malaysia

Abd al-Karim Zaydan (1993), al-Mufassal Fi Ahkam al-Marcah Wa al-Bayt al-Muslim, Beirut: Muasassah al-Risalah.

Ahmad Ibrahim (1992), Dissolution on ground of conversion to Islam. Kertas kerja dalam Conference on reform of the Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (p. 12)

Al-Jaburi, Abdullah Muhammad & Hamish, Abdulhak (2008). Ahkam al-Warith wal Wasia wal Wakfu fi Syariah al-Islamiyyah, Kuala Lumpur: Fajar Ulung Sdn., Bhd.

Al-Sabuni, Muhammad Ali (1996). Al-Mawarith fi al-Syaricah al-Islamiyyah fi Daw al-Kitab wa al-Sunnah, Damshiq: Dar al-Quran.

Jasni Sulong, 2014. Hak Saudara Baru Terhadap Harta Pusaka: Analisis Undang-undang Semasa. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. Bil 8: 27

Mohamed Azam Mohamed Adil, 2014. Penentuan Agama dan Hak Penjagaan Kanak-kanak Menurut Undang-undang Islam. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Najibah Mohd Zin (2018). Ulasan Perundangan Akta Memperbaharui (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) (1976).

Normi Abdul Malik, 2007, Hadanah, dlm. Najibah Mohd Zin et al., Siri Perkembangan undangundang di Malaysia: Undang-undang Keluarga (Islam), Jilid 14, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Aziah Mohd Awal, 2007. “Perceraian” dlm. Shamsuddin Suhor & Noor Aziah Mohd Awal, Undang-undang Keluarga (Sivil). Jilid 9. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nurhafilah Musa & Faridah Jalil, 2017. Implikasi Pemelukan Islam dan Hak Mualaf di Sisi Perlembagaan Persekutuan dari Sudut Matlamat Pembangunan Lestari. Dlm. Proceeding of The Tuanku Ja’far Conference (TJC) 2017 Governance Towards Sustainable Development Goals. Bangi: Fakulti Undangundang, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaleha Kamaruddin, 1999. Wanita dan Keadilan. Kuala Lumpur: ANZ Charisma.

Zuliza Mohd Kusrin et.al, 2017. Perkembangan Penghakiman Kes-kes Pemelukan Islam dan Implikasi Perundangan Terhadap Pindaan Rang Undang-undang Seksyen 51A dan 88A Akta 164. Dlm. Isu Syariah dan Undangundang Siri 23. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Univeristi Kebangsaan Malaysia. https://tunabdulhamid.me/2017/08/pindaan-akta-164- tahniah-kepada-kerajaan/

Statut

Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976

Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayahwilayah Persekutuan) 1984 Pindaan 2006 (Akta 303)

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Johor) 2003

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2002

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003

Enakmen Keluarga Islam (Perak) 2004

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2006

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Kedah Darul Aman) 2008

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2004

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Terengganu) 2017

Hansard parlimen www.parlimen.gov.my/ hansarddewan-rakyat-html 2017

Ordinan Undang-undang Keluarga Islam 2001 dan seksyen 43(2)

Kes-kes

Eeswari Visvalingam lwn Kerajaan Malaysia [1998] 1 MLJ 86

Isabela Madeline Roy dan Ors lwn Sarimah Low Abdullah & Ors 5 [2005] 2 MLJ 521

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan lwn Lim Ee Seng & Yang Lain [2000] 2 MLJ 572

Pedley lwn Majlis Ugama Islam Pulau Pinang [1990] 2 MLJ 307

Re Timah binti Abdullah [1941] 10 MLJ 51

Tan Sung Mooi lwn. Too Miew Kim [1994] 3 MLJ 117