2024 9(2)
DECEMBER 2024

Peranan Baitulmal Sebagai Institusi Kebajikan Ahli Waris Orang Hilang (al-Mafqūd): Kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
The Role of Baitulmal as a Welfare Institution for the Heirs of Missing Persons (al-Mafqūd): A Study of the Federal Territories Islamic Religious Council (MAIWP)
Nor Amira Abd Shakor, amirashakor97@gmail.com
Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Zamro Muda
Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia
Noor Lizza Mohamed Said
Research Centre for Sharia, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia
Received: August 08, 2024 | Revised: November 27, 2024 | Accepted: December 05, 2024 | Published: December 25, 2024
2024, Vol. 9(2), pp. 8-15. | PDF
Baitulmal merupakan institusi pengurusan harta yang berfungsi dalam mengendalikan harta orang Islam. Ia juga berperanan sebagai institusi kebajikan membasmi kemiskinan masyarakat dan membantu orang Islam yang memerlukan bantuan. Hal ini termasuklah mereka yang kehilangan seseorang (ketua keluarga) sebagai tempat bergantung dalam suatu tempoh yang lama dan tidak diketahui status hidup dan matinya. Situasi tersebut dikategorikan sebagai orang hilang (al-mafqūd). Timbul persoalan mengenai peranan yang dimainkan oleh Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terhadap ahli waris al-mafqūd sepanjang tempoh kehilangan berlaku. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui kedudukan al-mafqūd berdasarkan peruntukan yang diguna pakai oleh Baitulmal MAIWP dan mengenal pasti peranan Baitulmal MAIWP dalam memelihara kebajikan ahli waris al-mafqūd. Metodologi penyelidikan kajian ini adalah secara kualitatif merangkumi pengumpulan data dan maklumat melalui kaedah analisis kandungan secara deskriptif termasuk penelitian terhadap Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 502] serta temu bual terhadap informan iaitu seorang Pegawai di Bahagian Agihan Zakat, MAIWP. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat definisi khusus al-mafqūd di dalam peruntukan Baitulmal MAIWP, namun bidang kuasanya terhad. Dari aspek peranannya terhadap kebajikan ahli waris al-mafqūd pula, Baitulmal MAIWP menyediakan skim-skim bantuan yang boleh dipohon seperti Skim Bantuan Kecemasan, Skim Bantuan Nafkah dan Keperluan Asas, Skim Bantuan Perubatan dan sebagainya. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada masyarakat tentang peranan Baitulmal MAIWP sebagai institusi yang boleh dirujuk dari aspek kebajikan sekiranya berlaku kehilangan ahli keluarga. Di samping itu, kajian susulan berkenaan bidang kuasa Baitulmal juga perlu dilakukan dengan lebih mendalam khususnya di Wilayah Persekutuan termasuk peranan Baitulmal MAIWP sebagai institusi kebajikan ahli waris al-mafqūd juga wajar diperkasakan dengan lebih komprehensif agar ia tidak terhad kepada aspek kewangan sahaja.
KATA KUNCI
Baitulmal, MAIWP, Orang Hilang, al-Mafqūd, Kebajikan.
Baitulmal is a Islamic institution tasked with managing the assets of Muslims. It also serves as a welfare institution to combat poverty and assist Muslims in need. This includes individuals who lose a family member, particularly a breadwinner, for an extended period without knowledge of their status, whether alive or deceased—a situation categorized as missing persons (al-mafqūd). This study explores the role of Baitulmal within the Federal Territories Islamic Religious Council (MAIWP) in supporting the heirs of al-mafqūd during the period of uncertainty. Specifically, the research aims to determine the legal position of al-mafqūd as outlined by MAIWP and to identify the welfare roles Baitulmal plays in aiding the heirs of al-mafqūd. The research employs a qualitative methodology, gathering data through content analysis and descriptive evaluation, including a review of the Administration of Islamic Law (Federal Territories) Act 1993 [Act 502], and conducting interviews with an informant from MAIWP’s Zakat Distribution Division. Findings reveal that while Baitulmal MAIWP provides a specific definition of al-mafqūd within its framework, its jurisdiction is limited. In terms of welfare roles, MAIWP’s Baitulmal offers several assistance schemes, including Emergency Assistance, Maintenance and Basic Needs Assistance, Medical Aid, and more. This study aims to provide guidance to the public on the role of Baitulmal MAIWP as a welfare institution for families of missing persons. Additionally, further research is needed to examine Baitulmal’s jurisdiction comprehensively, particularly in the Federal Territories. Strengthening the role of Baitulmal MAIWP as a welfare institution for the heirs of al-mafqūd is essential, ensuring it extends beyond financial assistance to offer more holistic support.
KEYWORDS
Baitulmal MAIWP, Missing Persons, al-Mafqūd, Welfare.
cAbdul Karῑm al-Khatῑb. 1998. al-Siyāsah al-Māliyyah fi al-Islām wa Ṣalatahā bi al-Mucāmalāt al-Mucāṣirah. Bayrūt: Dar al-Macrifat.
Agustin Hanafi & Mohamad Hedhayatullah Bin Mohamad. 2018. Peran Bahagian Sokongan Keluarga dalam Masalah Pemenuhan Nafkah Isteri Pasca Perceraian (Studi Kasus di Mahkamah Tinggi Syariah Kedah, Malaysia). Pusat Jurnal UIN ar-Raniry 20(1): 57-74.
al-Khin, Mustafā, al-Bughā, Mustafā. & al-Syarbajῑ, cAlῑ. 2015. al-Fiqh al-Manhajῑ calā Mazhab al-Imām al-Syaficῑy. Ed. ke-15. Damshῑq: Dar al-Qalam.
al-Marghῑnānῑ, Burhan al-Dῑn., cAlῑ Abῑ al-Hassan bin Abῑ Bakr bin cAbdū al-Jalῑl al-Farghānῑ. t.th. Matan Bidāyah al-Mubtadi fῑ Fiqh al-Imām Abῑ Hanῑfah. Qāhirah: Maktabah Muhammad cAlῑ Subh.
al-Marghῑnānῑ, Burhan al-Dῑn., cAlῑ Abῑ al-Hassan bin Abῑ Bakr bin cAbdū al-Jalῑl al-Rushdānῑ. 2008. al-Hidāyah Sharh Bidāyah al-Mubtadi. Qāhirah: Dar al-Hadith.
al-Shalabῑy, Ahmad. 1993. al-Iqtisād fῑ al-Fikr al-Islāmῑ. Cet.10. Qāhirah: Maktabah al-Nahdah al-Misrῑyah.
Fariza Mohamad Tajuddin. 2016. Pengurusan harta pusaka kanak-kanak menurut perspektif Islam dan undang-undang di Malaysia. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ibn Manzūr, Muhammad ibn Mukarram. 1414. Lῑsān al-cArab. Ed. ke-3. Bayrūt: Dar al-Sādir.
Majmac al-Lughah al-cArabῑyah. 2004. al-Mucjam al-Wasῑt. al-Qāhirah: Maktabah al-Shuruk al-Dawlῑyah.
Mohammad Haji Alias & Mohd Farihal Osman. 2018. Keberdayaan baitulmal dalam menangani permasalahan sosio ekonomi ummah. JAWHAR: 1-14.
Mohd Kamarul Khaidzir Saadan, Mohamad Sabri Haron & Ahmad Murshidi Mustapha. 2019. Tansaksi harta orang hilang menurut syarak dan undang-undang. Journal of Muwafaqat 2(1): 116–131.
Muhammad Assyifaa Ulhayat Jahidin, Mohamad Hilmi Mat Said & Mohd Saifuddin Abdul Karim. 2021. Baitulmal management during the time of rasulullah saw and the ruling of khulafa ar-rashidin. Jurnal al-Ṣiraṭ 19(2): 103-111.
Nor Amira Abd Shakor. 2023. Penentuan pentadbir harta orang hilang (al-mafqūd) dan pengurusannya menurut syarak dan perundangan di Malaysia. Disertasi Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Zulfah Abdul Salam & Nur Syazwani Mohd Khatib. 2020. Isu tunggakan nafkah: keperluan penubuhan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Jurnal Muwafaqat 3(1): 38-51.
Siti Nur Hazimah Hamid, Bahiyah Ahmad, Shahidra Abd Khalil & Zunaidah Mohd Marzuki. 2020. Pembiayaan nafkah anak yatim: tinjauan menurut perspektif fiqh, undang-undang keluarga islam Malaysia serta kefahaman dan amalan masyarakat. Jurnal Akademika 90(1): 137–149.
Wan Zahari Wan Yusoff, Muhammad Azwan Sulaiman & Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari. 2019. isu dan penyelesaian harta al-mafqūd: satu pemerhatian. UMRAN – International Journal of Islamic and Civilizational Studies 2(2): 13-33.