Issue logo

Jurnal Ekonomi Malaysia

57 (2) 2023 181 – 199


Penentu Kecekapan Institusi Wakaf
Efficiency Determinants of Waqf Institutions

Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

hidayahmdrazali@gmail.com

Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

E-mail: rubayah@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

E-mail: m_hafiz@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

shahida@ukm.edu.my

Fakulti Ekonomi & Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.

roziana.baharin@ukm.edu.my

Abstract

Kajian ini menganalisis tahap kecekapan teknikal dan mengenalpasti faktor penentu yang mempengaruhi kecekapan institusi wakaf menggunakan Analisis Penyampulan Data– APD Dua Peringkat (Two-stage Data Envelopment Analysis (DEA)) bagi tempoh 2014 hingga 2021. Peringkat pertama melibatkan pengukuran skor kecekapan teknikal di institusi wakaf yang dihitung menggunakan APD Dinamik. Pada peringkat kedua, skor kecekapan yang dihitung diperingkat pertama dilayan sebagai pemboleh ubah bersandar menerusi analisis Tobit panel. Manakala, faktor penentu kecekapan iaitu pengurusan risiko enterprais (PRE), pengkorporatan (terdiri dari pengkorporatan kutipan dan agihan, pengkorporatan kutipan sahaja, dan tiada pengkorporatan kutipan dan agihan wakaf tunai), dan geran kerajaan dilayan sebagai pemboleh ubah tidak bersandar. Keputusan menunjukkan PRE merupakan penentu yang signifikan kepada kecekapan teknikal institusi wakaf. Sementara, pengkorporatan dan geran kerajaan didapati tidak mempengaruhi kecekapan teknikal institusi wakaf. Penemuan ini sekaligus menyokong Teori Berasaskan Sumber yang menyarankan PRE sebagai sumber dalaman yang boleh digunakan oleh institusi wakaf untuk terus berdaya saing, seterusnya berupaya mencapai prestasi institusi dengan lebih baik dan cekap. Hasil kajian ini menyarankan supaya institusi keagamaan khususnya institusi wakaf untuk mewujudkan unit/ jabatan pengurusan risiko bagi menguruskan risiko institusi dengan lebih bersistematik dan holistik.

 

 

Keywords

DEA; kecekapan; wakaf; pengurusan risiko; Tobit

Bibliography

Export Bibliography

Md Razali, N. H., Yakob, R., Bangaan Abdullah, M. H. S., Shahimi, , & Baharin, R. (2023). Penentu Kecekapan Institusi Wakaf. Jurnal Ekonomi Malaysia, 57(2), 181–199. http://dx.doi.org/10.17576/JEM-2023-5702-13

@article{mdrazali2023penentu,
  title={Penentu Kecekapan Institusi Wakaf},
  author={Md Razali, Nurul Hidayah and Yakob, Rubayah and Bangaan Abdullah, Mohd Hafizuddin Syah and Shahimi, Shahida and Baharin, Roziana},
  journal={Jurnal Ekonomi Malaysia},
  volume={57},
  number={2},
  pages={181—199},
 

year={2023},
}


Receive updates when new articles are published.