Kesihatan masyarakat merupakan salah satu disiplin sains yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan fizikal, mental dan sosial melalui kerjasama antara individu, keluarga, masyarakat dan juga penyedia perkhidmatan perubatan. Amalan kesihatan komuniti menekankan pengurusan sumber dan kemudahan untuk mencapai standard optimum kesihatan fizikal, mental dan sosial oleh penduduk.
Skop kesihatan komuniti merangkumi fungsi seperti perancangan komuniti, penganjuran, penyelarasan dan pemantauan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan masyarakat, di mana ia boleh diterima dan digunakan oleh semua anggota masyarakat. Seseorang individu yang bertanggungjawab untuk kesihatan masyarakat, sama ada negara, negeri, daerah atau unit khas perkhidmatan tertentu, mestilah mempunyai latihan lanjutan dalam kesihatan masyarakat. Individu ini termasuk doktor, jururawat, saintis, jurutera, peguam, ahli ekonomi, pegawai sosial atau pentadbiran, dan lain-lain.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesihatan masyarakat telah diiktiraf sebagai salah satu disiplin yang berkembang pesat di peringkat antarabangsa. Banyak institusi pengajian tinggi di negara maju dan membangun, menawarkan pengajian kesihatan komuniti di peringkat Sarjana dan juga doktor falsafah.
Program PhD ini juga dilakukan dibawah penyeliaan rapat dan dapat menghasilkan tesis bertulis pada akhir pengajian. Semua pelajar dikehendaki menamatkan kursus ‘Metodologi Penyelidikan’ pada permulaan pengajian. Kursus Bahasa Melayu adalah wajib bagi semua pelajar antarabangsa yang diuruskan oleh Pusat CITRA UKM.
Pelajar akan diselia oleh ahli akademik fakulti yang dilantik. Pemohon dikehendaki mendekati bakal penyelia yang mempunyai minat penyelidikan yang sepadan sebelum memohon untuk kajian tersebut. Maklumat mengenai bakal penyelia boleh didapati di laman web Sekretariat Penyelidikan dan Inovasi fakulti atau laman web jabatan masing-masing.
Bil | Tempoh Pengajian |
1 | Ijazah Sarjana (Mod Penyelidikan atau Mod Kerja Kursus) dalam bidang Sains Kesihatan atau bersamaan atau dalam bidang yang berkaitan, dengan minima CGPA 3.2 (bagi Mod Kerja Kursus) daripada UKM atau institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi Luar Negara; ATAU |
2 | Ijazah Sarjana (Mod Kerja Kursus) Sains Kesihatan atau bersamaan atau dalam bidang yang berkaitan, dengan minima CGPA 3.0 daripada UKM atau institut pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan/atau mempunyai akreditasi yang diiktiraf oleh Badan Akreditasi Luar Negara DAN perlu mempunyai syarat berikut:
ATAU
ATAU iii. Satu (1) penerbitan dalam journal terindeks ATAU
DAN |
3 | Satu proposal penyelidikan dalam bidang kesihatan awam DAN |
4 | Surat sokongan dari dua orang pengadil perlu disertakan |
5 | Syarat tambahan untuk pelajar antarabangsa:
|
Bil | Tempoh Pengajian |
|
1 | Sepenuh Masa : | 3-6 tahun |
| Separuh Masa | 4-7 tahun |
© 2024. Jabatan Perubatan Kesihatan Awam