Jabatan Perubatan Kesihatan Awam

 Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA), Fakulti Perubatan UKM

visi dan misi

visi

Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (Jabatan Kesihatan Masyarakat) Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia berusaha untuk menjadi institusi terkehadapan dalam dan luar Negara dalam bidang kesihatan awam dan dikenali sebagai kuasa besar dalam mengelak penyakit dan mempromosi kesihatan dengan meningkatkan teori dan praktis kesihatan awam melalui pendidikan pakar kesihatan awam, penyelidikan dan perkhidmatan.

misi

Misi Jabatan Perubatan Kesihatan Awam adalah untuk bekerjasama dengan jabatan lain di dalam fakulti, institusi akademik yang lain, agensi-agensi dalam dan luar Negara, badan-badan profesional dan masyarakat untuk memberi pendidikan moden, penyelidikan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh kesihatan awam.

Penekanan akan diberikan dalam enam bahagian : epidemiologi dan biostatistik, kesihatan keluarga, pengurusan jagaan kesihatan, kesihatan persekitaran, kesihatan carakerja dan promosi kesihatan.

Translate ยป