Jabatan Perubatan Kesihatan Awam

 Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA), Fakulti Perubatan UKM

tENTANG KAMI

lATAR bELAKANG

Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (Jabatan Kesihatan Masyarakat) merupakan satu jabatan di bawah Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1972. Sejak 1997, jabatan ini juga telah memberi perkhidmatan di bawah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Oleh kerana pertambahan tanggungjawab kepada Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), jabatan ini merancang untuk menambahkan kakitangan sediaada dan ruang pembelajaran fizikal. Pada tahun 2023, 19 pensyarah yang aktif bekerja untuk jabatan, dibantu oleh 15 kakitangan sokongan dan 8 pembantu penyelidik. Jabatan ini memerlukan lebih ramai lagi pensyarah di dalam pelbagai bidang pakar dan lebih kakitangan sokongan untuk menampung perkara-perkara yang berlaku dan pendidikan terancang, penyelidikan dan program-program perkhidmatan.

Jabatan ini juga aktif dalam pelbagai penyelidikan kesihatan. Ini termasuk pengajian mikronutrien, pengajian kelakuan remaja, pengajian pencemaran udara, dan sebagainya. Jabatan ini juga telah menjadi pusat rujukan bagi beberapa bidang kepakaran. Jabatan ini bangga dapat melahirkan ramai graduan peringkat Sarjana, DrPH dan PhD. Ini akan dapat memenuhi keperluan saintis-saintis kesihatan di dalam negara bagi mencapai “Visi 2020” yang telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri kita.

Jabatan juga telah membuat beberapa Program Kolaborasi dan Pengantarabangsaan di mana jabatan telah bekerjasama dengan University Science and Technology Yemen bagi Program Sarjana Sains Kesihatan Masyarakat (Pengurusan Kesihatan), Program Kerjasama dengan Universitas Diponegoro, Indonesia dan hasil dari kerjasama tersebut, seramai 4 orang pelajar dihantar ke jabatan untuk menjalani program pertukaran pelajar. Program Penyelidikan Mc Master Universiti Hamilton, Canada juga sedang dijalankan. Jabatan juga terlibat dalam Program Kajian Kolaborasi Malaysia-Indonesia-Brunei (MIB Cardiovascular, Avian Flue). Selain itu, Jabatan juga untuk menjalinkan program kerjasama dengan Universiti di Jepun (Niigata University) dan Universiti Aberdeen, United Kingdom.

Untuk memperkasakan lagi bidang Kesihatan Awam, jabatan akan menganjurkan Kolokium Kesihatan Masyarakat Kebangsaan dan International Public Health Conference setiap tahun (sejak 1994) dan menerbitkan International Journal of Public Health Research (IJPHR).

 

Mempelopori Perubatan, Melahirkan Cendekiawan.

pensyarah kami

Prof. Dr. Rozita Hod

Ketua Jabatan

prof. Madya Dr. Norfazilah Ahmad

Timbalan Ketua Jabatan

Prof. Madya Dr. Iadu Badilla Idris

Penyelaras PHD

HALF 009 copy

Prof. Dr. Azmawati Mohammed Nawi

Penyelaras DrPH

HALF 025 copy

Prof. Dr. Mohd Rizal Abdul Manaf

Penyelaras SKM

Prof. Madya Dr. Nazaruddin Safian

Penyelaras SSKM (Sepenuh Masa / Tahun 2 (MS2)

Prof. Madya Dr. Rosnah Ismail

Penyelaras SSKM (Eksekutif – Kesihatan Pekerjaan)

Prof. Dr. Aniza Ismail

Penyelaras (Eksekutif – Pengurusan Kesihatan)

Prof. Dr. Zaleha Md Isa

Penyelaras SSP

Dr. Faiz Daud

Penyelaras Tahun 3 (MS3)

HALF 011 copy

Mejar Bersekutu (PA) Dr. Roszita Ibrahim

Penyelaras Tahun 1 (MS1)

Photo

Dr. Yew Sheng Qian

Penyelaras PPA Jabatan

ProfSharifah

Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh

Pensyarah Jabatan

Prof. Dr. Shamsul Azhar Shah

Pensyarah Jabatan

Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Rohaizat Hassan

Pensyarah Jabatan

Prof. Dr. Rosnah Sutan

Pensyarah Jabatan

Prof. Madya Dr. Hasni Ja'afar

Pensyarah Jabatan

Prof. Madya Dr. Azimatun Noor Aizuddin

Pensyarah Jabatan

prof hanizah_

Prof. Madya Dr Hanizah Ismail

Pensyarah Jabatan

Translate »