Bil | Syarat Pengajian |
1 | Ijazah Sarjana Muda Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau Ijazah Sarjana Muda Perubatan daripada universiti lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); DAN |
2 | Ijazah Sarjana dalam bidang Kesihatan Awam / Kesihatan Komuniti / Perubatan Komuniti atau Ijazah Sarjana Sains Kesihatan Komuniti daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau universiti lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); DAN |
3 | Calon warganegara Malaysia: Berdaftar sepenuhnya dengan Majlis Perubatan Malaysia serta memiliki Sijil Amalan Tahunan yang sah; DAN |
4 | Calon antarabangsa: Mempunyai skor IELTS sekurang-kurangnya band 6.5 atau peperiksaan setara yang diluluskan oleh Senat dan diambil dalam tempoh kurang daripada dua tahun dari tarikh permohonan (calon perlu mengemukakan bukti kemahiran bahasa Inggeris); DAN Semua calon antarabangsa dikehendaki mengikuti kursus Bahasa Melayu sebagai salah satu syarat untuk bergraduat; DAN Calon juga perlu melampirkan surat/bukti sokongan kewangan. Semua calon antarabangsa dan calon yang membiayai sendiri perlu mengemukakan bukti bertulis status kewangan, sama ada dalam bentuk penyata akaun bank yang aktif / penyata institusi kewangan atau surat jaminan yang telah diterima; DAN |
5 | Mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.20 di peringkat Sarjana, dengan sekurang-kurangnya Gred B (nilai gred 3.00) dalam kursus asas / Prinsip Kesihatan Komuniti / Perubatan Komuniti / Kesihatan Awam seperti berikut: - Epidemiologi
- Biostatistik
- Sains Kesihatan Alam Sekitar (Kesihatan Alam Sekitar dan/atau Pekerjaan)
- Kesihatan Keluarga (Populasi) dan/atau Sains Tingkah Laku Sosial
- Polisi Kesihatan dan Pengurusan Perkhidmatan Kesihatan
- Metodologi Penyelidikan
Lulus temu duga yang dijalankan oleh jabatan. |