Simposium Prasiswazah Fakulti Sains dan Teknologi: Gugusan Biosains dan Bioteknologi 2023

Simposium Prasiswazah Fakulti Sains dan Teknologi: Gugusan Biosains dan Bioteknologi merupakan wadah untuk mahasiswa membentangkan Ilmu dan pengetahuan yang telah diperoleh melalui pengalaman projek penyelidikan tahun akhir mereka kepada khalayak umum. Mahasiswa-mahasiswi dari pelbagai program ini telah menjalankan projek tahun akhir mereka selama dua semester (Mac 2022 hingga Februari 2023) yang mencakupi pelbagai bidang kajian dalam bidang Sains dan Teknologi. Untuk menjayakan projek penyelidikan ini, mereka perlu menterjemahkan teori dan konsep yang dipelajari sepanjang pengajian ke dalam bentuk praktikal. Mereka seterusnya perlu menggunakan pelbagai kaedah terkini untuk menganalisis dan menterjemahkan hasil kajian tersebut menjadi sebuah tesis yang lengkap dengan menggunakan Bahasa Melayu. Penulisan saintifik dalam Bahasa Melayu bukanlah satu perkara yang mudah kerana mereka perlu meneliti sumber rujukan dalam Bahasa Inggeris, sebelum disintesis kepada penulisan berdasarkan kepada kefahaman yang kritis. Kemuncaknya, mahasiswa/i yang berjaya melalui Projek Latihan Ilmiah ini, berpeluang untuk membentang hasil kajian mereka di hadapan pakar bidang serta rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sehubungan dengan itu, penganjuran simposium ini akan diadakan secara tahunan bagi mempamerkan pencapaian penyelidikan, pembelajaran, perkhidmatan dan penyelidikan berasaskan komuniti dari semua bidang pengajian