Alumni Fakulti Sains dan Teknologi merupakan sebuah legasi Universiti yang menjadi kebanggaan semua warga Universiti Kebangsaan Malaysia. Pelbagai kejayaan yang telah dilakar dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh para alumni di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Semoga barisan tokoh-tokoh alumni yang menghiasi dewan kemasyhuran ini dapat menjadi idola kepada para graduan dari FST untuk terus cemerlang dan bersinar.
Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman
FST/1990
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat - MAIWP
En. Badli Hisham Hj Adam
FST/1995
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Sri Lanka Dan Kepulauan Maldives
Tan Lay Seong
FST/1995
Pengasas dan CEO
Great Ideals Group
Zakaria Abdullah
FST/1997
Pemilik
MMA Tech Engineering Sdn Bhd.
Chee Foong Wai
FST/2002
Chief Partnership Distribution, AIA Bhd.
Ahmad Humazi Ibrahim
FST/2006
General Manager
Group Commercial
KPJ Healthcare
Hamidi Abdul Razak
FST/2008
Chief Risk Officer
Bank Muamalat Malaysia Berhad
Dr. Ismail Bin Parlan
FST/2009
Ketua Pengarah
FRIM
Dr. Abdul Rahim Harun
FST/2010
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia
Aktiviti
Kejohanan Bowling Alumni UKM - Jabatan Penjara Malaysia & Alumni Dalaman UKM.
Tahniah dan terima kasih kepada Alumni dalaman FST yang turut sama memberikan sokongan dan memeriahkan Kejohanan Bowling ini. Dreambowl, Kompleks Sukan Nilai. 5 Ogos 2023
Majlis Makan Malam Alumni Geologi UKM dan Program Geologi FST
Tahniah kepada Alumni dari Program Geologi UKM dan Program Geologi, FST, UKM atas penganjuran Majlis Makan Malam Alumni Geologi yang telah berlangsung pada 29 Julai 2023
Lawatan ke tapak cerun oleh pihak Geostrength Engineering Sdn Bhd
Terima kasih Dato’ Amran dan Encik Khairul dari Geostrength Engineering Sdn Bhd kerana sudi memberi kuliah ringkas dan lawatan ke tapak cerun yang sedang menjalani kerja-kerja pengukuhan di Bangi pada 8/6/2023 yang lepas.
Majlis Hi-Tea Alumni Program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti, FST UKM
Program Hi-Tea Alumni di peringkat Program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti. Semoga para alumni PPKP terus berjaya melakar kecemerlangan dalam kerjaya masing-masing. 11 Mac 2023 Akademia Siber Teknopolis, UKM
Alumni Program Sains Aktuari, Jabatan Sains Matematik tahun 2006, En Mohd Syafie Borhan telah berkongsi ilmu dan pengalaman keusahawanan dengan pelajar FST dalam slot Forum Usahawan: Disruptive Idea for Sustainable Future sempena EntrepreNow Fiesta, Fakulti Sains dan Teknologi UKM anjuran Exco Keusahawanan PMFST.