NEXUS Young Talent Exchange Course Seminar

Seminar Nexus telah diadakan pada 20 Februari 2025 bertujuan untuk menghimpunkan para akademik dan juga penyelidik dalam satu platform bagi membincangkan isu-isu berkaitan. Program ini akan menampilkan pembentangan daripada para penyelidik akademia dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), serta turut menampilkan kolaborasi bersama RIKEN, Jepun melalui penyertaan Dr. Watanabe.

Dr. Watanabe merupakan seorang penyelidik dari RIKEN, Jepun, dengan kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal (solid state physics) dan penyerakan tenaga (energy scattering). Beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan berkaitan interaksi zarah dalam bahan pepejal serta implikasinya terhadap teknologi tenaga dan bahan maju. Minat beliau dalam memperkukuhkan kolaborasi dengan institusi di Malaysia diharap dapat membuka peluang penyelidikan baharu serta memperkaya pertukaran ilmu dalam bidang ini.