Selamat Datang Pelajar Baharu sesi 2025/2026
Selamat datang dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu yang kini memulakan langkah pertama dalam perjalanan ilmu di JSK, FST. Kehadiran anda amat dialu-alukan sebagai ahli baharu dalam komuniti pembelajaran yang penuh dengan peluang, pengalaman dan cabaran yang pastinya akan membentuk diri menjadi insan cemerlang. Buat pelajar Sarjana Muda Sains Kimia (45 orang) dan Sarjana Muda Teknologi Kimia (36 orang) gunakan lah peluang yang ada sebaik mungkin. Semoga kehadiran ini menjadi permulaan kepada kejayaan akademik dan peribadi, serta membuka ruang untuk menjalin persahabatan, membina keyakinan diri, dan menyumbang kepada kecemerlangan bersama. Kami, seluruh kakitangan JSK amat berbesar hati menerima anda sebagai sebahagian daripada keluarga besar institusi ini. Selamat maju jaya!




