Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA.
Abstract
Kajian ini menguji peranan orientasi matlamat pembelajaran (OMP) dalam meningkatkan tingkah laku penyesuaian kerja (PK) dalam kalangan pekerja lantikan kontrak yang mengalami tekanan disebabkan oleh ketakterjaminan kerja (KK). Kajian ini mengintegrasikan Teori Transaksional Tekanan dan Daya Tindak (TSC) dan Teori Penentuan Kendiri (SDT) sebagai teori yang mendasari hubungan tersebut. KK merupakan isu yang semakin kritikal, khususnya dalam sektor awam Malaysia kerana berpotensi untuk menjejaskan motivasi, kesejahteraan, dan tingkah laku proaktif pekerja. Berdasarkan SDT, pekerja yang mempunyai OMP yang tinggi bermotivasi untuk memenuhi keperluan psikologi dalam menguasai kemahiran baharu dan meningkatkan tingkah laku proaktif seperti PK. TSC menjelaskan bagaimana PK berperanan sebagai strategi daya tindak dalam mendepani tekanan kerja akibat daripada KK. Kajian kuantitatif ini melibatkan 183 orang pekerja lantikan kontrak daripada Badan Berkanun Persekutuan di Malaysia dan dianalisis menggunakan PLS-SEM melalui SmartPLS (4.0). Hasil mendapati KK memberi kesan negatif kepada PK, namun OMP bertindak sebagai penyederhana dengan membolehkan pekerja mengatasi KK melalui PK secara proaktif. Kajian ini menyumbang kepada literatur sedia ada secara teoretikal dengan menggabungkan teori SDT dan TSC dalam konteks KK pekerja lantikan kontrak. Secara praktikal, ia menekankan kepentingan sektor awam mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong pembelajaran bagi menggalakkan PK yang berupaya mengurangkan tekanan kerja dalam kalangan pekerja lantikan kontrak.
Keywords
Citation
Article received:
Accepted for publication:
Available online:

