




Pusat Kejuruteraan Termaju (PKT) FKAB dihidupkan semula sebagai perancang utama kepada pembangunan fakulti. PKT akan menyelaras pembinaan-pembinaan di fakulti bagi memastikan FKAB sentiasa terkehadapan. PKT bertanggung jawab dalam memastikan Syarikat Terbitan Universiti (STU), Makmal Pengajaran Industri, Pejabat Antarabangsa (UDE dan HPC), Prasarana Umum dan Halaman Fakulti berada dalam keadaan terbaik dalam membawa FKAB menjadi sebuah pusat pendidikan bertaraf antarabangsa dan menyerlah dimata semua. PKT juga turut membantu memudahcara kemasukan dana dan sumbangan peralatan daripada industri dan alumni kepada fakulti. Dengan adanya PKT ini diharap FKAB akan sentiasa relavan dan kekal bersaing menuju penarafan antarabangsa. PKT ini diterajui sendiri oleh Dekan FKAB (Penghulu) dan dibantu oleh penyelaras-penyelars fakulti. Pembinaan rancak yang berlaku di FKAB pada hari ini adalah digerakkan oleh PKT.

Program sarjana muda kami adalah untuk melahirkan jurutera yang boleh menggunakan pengetahuan untuk mencipta kejayaan sekali gus membawa kepada taraf hidup yang lebih baik.

Program siswazah kami amat penting apabila anda berhasrat untuk meletakkan semula kerjaya anda ke tahap yang lebih tinggi atau untuk memulakan penyelidikan saintifik.

Untuk memenuhi aspirasi mereka yang ingin menambah ilmu dan mengembangkan kerjaya masa depan untuk taraf hidup yang lebih baik.
Seni Bina & Persekitaran Binaan
Kejuruteraan – Elektrik & Elektronik
Kejuruteraan – Kimia
Kejuruteraan – Awam & Struktur
Kejuruteraan – Mekanikal
Tempat untuk pembelajaran, penemuan, inovasi, ekspresi dan wacana

FKAB menawarkan Doktor Falsafah dan Sarjana Sains dengan lebih daripada 100 bidang pengajian

Bagi mereka yang ingin meningkatkan pengetahuan mereka dengan mengikuti kursus mahir profesional lanjutan

Berevolusi sebagai peneraju dalam program pendidikan eksekutif yang meningkatkan perjalanan profesional anda
Sekretariat Penyelidikan dan Inovasi
Budaya kerjasama yang mendorong penemuan inovatif menjadi penting
kepada dunia kita, kesihatan kita dan kehidupan intelek kita
Faculty of Engineering and Built Environment is proudly powered by WordPress