Kelab Al-Fateh Kolej ke-13 Residensi Luar telah terlibat langsung menyumbang khidmat bakti bagi menghantar mahasiswa/i UKM yang terdiri warga Kolej Ke-13 & Residensi Luar bersama-sama dengan agensi di Sarawak bagi menjayakan Kursus Kepimpinan sebagai sukarelawan yang berasaskan wacana intelek yang telah berlangsung bermula18 – 23 April 2025.Semoga perlaksanaan program sebegini dapat memberi impak positif dalam memperkasakan kemahiran kepimpinan khususnya anak-anak komuniti secara tidak langsung memperkukuhkan hubungan pihak UKM khususnya Kolej Ke-13 dengan komuniti di Limbang.
