Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Seluruh warga Kolej Ke-13 & Residensi Luar merafak sembah takzim berserta setinggi-tinggi ucapan tahniah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Kami mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta terus duli bersemayam di atas takhta bagi memayungi negara dan seluruh rakyat jelata.
Daulat Tuanku.
“Outlanders Maju”