Selamat Hari Raya Aidiladha
Pentadbiran Kolej Ke-13 & Residensi Luar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga Kolej 13.
Tatkala para jemaah sedang berhimpun di tanah suci bagi menunaikan ibadah haji, marilah kita sama-sama menghayati sirah pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S. dan ketaatan Nabi Ismail A.S. Mari kita raikan hari raya ini dengan penuh kesyukuran, mengeratkan silaturahim sesama keluarga dan rakan taulan, serta mengambil iktibar daripada semangat pengorbanan dan keikhlasan yang dituntut di dalam Islam.
Semoga Aidiladha ini membawa kegembiraan, kedamaian, dan keberkatan yang melimpah ruah buat kita semua. Berhati-hatilah di jalan raya bagi yang pulang ke kampung halaman dan selamat berkumpul bersama insan tersayang.
“Outlanders Maju”