Completely Disable Comments

KOLEJ AMINUDDIN BAKI UKM

KEM ALPHA BESTARI

Pada 10 hingga 12 Oktober 2025, telah berlangsung Kem Alpha Bestari di Hutan Pendidikan Alam (HPA). Program anjuran Kelab Bestari dengan kerjasama MEP KAB Sesi 2025/2026 ini telah disertai oleh 55 warga Kolej Aminuddin Baki.

Kem ini bertujuan membentuk jati diri serta mencungkil potensi kepimpinan pelajar melalui pelbagai aktiviti mencabar dan menyeronokkan seperti Ice Breaking, Explorace, Night Walk dan Masakan Rimba.

Program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat kerjasama, keyakinan diri dan nilai kepimpinan dalam kalangan peserta.

Jumpa lagi di Kem Alpha Bestari akan datang!

#UKM
#KAB
#SDG4