Completely Disable Comments

KOLEJ AMINUDDIN BAKI UKM

PIALA PENGETUA

PIALA PENGETUA KAB SESI 2025/2026]

Pada 18 Oktober 2025, telah berlangsung Piala Pengetua Kolej Aminuddin Baki di Padang UKM.
Program ini bertujuan memupuk semangat kesukanan, mempererat hubungan sesama penghuni kolej serta menyemai nilai kerjasama dan daya saing sihat dalam kalangan pelajar.
Majlis penutup disempurnakan oleh Pengetua KAB, Dr. Lai Wei Sieng, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang serta menzahirkan rasa bangga atas semangat kesukanan yang dipamerkan.
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada peserta, penyokong serta urus setia atas kejayaan penganjuran kali ini.
Semoga semangat kesukanan ini terus menjadi budaya cemerlang warga KAB!