Completely Disable Comments

KOLEJ AMINUDDIN BAKI UKM

[KAB JUARA KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2025]

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet Kolej Aminuddin Baki atas semangat juang serta komitmen yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan.

Pada SUKEM kali ini, KAB telah berjaya meraih sebanyak 23 pingat emas, 20 pingat perak dan 25 pingat gangsa, sekali gus memenangi gelaran Juara Keseluruhan SUKEM 2025.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama Kolej Aminuddin Baki di peringkat universiti dan seterusnya! 🦁💙

#UKM
#KAB
#SUKEM25

Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Kolej Aminuddin Baki atas kejayaan meraih tempat ke-3 dalam acara perbarisan sempena Majlis Penutupan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia 2025. 🎉

Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan kepada semua peserta, urus setia dan sukarelawan yang telah menunjukkan dedikasi, komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang penyertaan kali ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan serta mengharumkan nama Kolej Aminuddin Baki!