Bengkel Kertas Kerja Usul Penambahbaikan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Gred Perubatan dan Kesihatan anjuran CUEPACS telah diadakan pada 2 hingga 4 Mei 2025 bertempat di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.

Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan merangka cadangan penambahbaikan terhadap skim perkhidmatan dalam sektor perubatan dan kesihatan agar lebih relevan dan kompetitif. Pelbagai isu berkaitan struktur gaji, laluan kerjaya, beban tugas serta kebajikan penjawat awam dalam gred berkaitan turut dibincangkan secara mendalam.

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) telah menghantar empat orang wakil untuk menghadiri bengkel ini, iaitu:

1. Encik Ahmad Amin
2. Puan Azuriah
3. Puan Siti Noor
4. Encik Muhammad Asyraf

Gambar-gambar lain klik disini