KESUKMA UKM DIJEMPUT SEBAGAI RAKAN STRATEGIK DALAM PEMBANGUNAN ONE HIGHER EDUCATION ACT (OHEA)
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) antara wakil kesatuan yang diberi ruang untuk bersama dalam pertemuan strategik delegasi Majlis Gabungan Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM) bersama YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir. Menteri Pendidikan Tinggi pada 7 September 2026 di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
UKM dalam pertemuan tersebut diwakili oleh Encik Barudin Baharin, Presiden KESUKMA membawa suara dan aspirasi staf pelaksana UKM dalam perbincangan berkaitan kebajikan, pembangunan kerjaya, kesejahteraan serta isu-isu akar umbi warga kerja universiti awam.Sebagai kelompok yang pakai ramai dan merupakan antara tonggak penting yang memastikan operasi, perkhidmatan dan kelangsungan pengurusan universiti berjalan setiap hari, YB Menteri menghargai peranan staf pelaksana dan suaranya wajar diketengahkan terus kepada peringkat pembuat dasar terutamanya dalam pembentukan OHEA.
Hubungan yang harmoni antara kementerian, pihak pengurusan universiti dan warga kerja amat penting bagi memastikan institusi pendidikan tinggi terus berkembang dengan baik serta mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara. KESUKMA akan terus memainkan peranan sebagai jambatan suara staf pelaksana UKM, di samping memperkukuh kerjasama strategik bersama pihak Kementerian dan pengurusan universiti demi kepentingan warga kerja serta kecemerlangan institusi pendidikan tinggi negara.
Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Encik Ahmad Rizal bin Adnan dan Setiausaha Agung KESUKMA, Puan Siti Zaida Md. Nasir.
Gambar penuh di Facebook KESUKMA
