Program Sambutan Hari Wanita Sedunia tahun 2025 anjuran CUEPACS telah diadakan pada 16 hingga 18 Mei 2025 bertempat di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh.

Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan dan memperkasakan penglibatan wanita dalam perkhidmatan awam amnya serta memberi peluang secara menyeluruh dalam peningkatan pembangunan negara Malaysia.

Program diadakan dengan pengisian berkaitan bidang-bidang kepakaran yang dipelopori wanita dalam sektor awam terutamanya yang melibatkan kemajuan teknologi terkini seperti Artificial Intelligent ( AI ) / Kecerdasan buatan. Dalam program ini juga diselitkan bersama dengan aktiviti luar seperti ( Fun Treasure Hunt ). Program ini disertai oleh hampir 750 peserta yang mewakili keseluruhan kesatuan gabungan CUEPACS. Peserta yang terpilih dari setiap kesatuan adalah merupakan ahli kesatuan gabungan yang memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung dengan menghadiri mesyuarat dan perbincangan CUEPACS. Tajaan peserta sepenuhnya dari CUEPACS dan juga Kesatuan ( peserta yang terpilih diberi syarat untuk tidak menolak penyertaan kerana kos akan ditanggung oleh CUEPACS dan kesatuan perlu bertanggungjawab)
 Gambar-gambar boleh klik disini