Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) hari ini telah menerima Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025
Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) hari ini telah menerima Geran Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) 2025 bernilai RM20,000.00 daripada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia yang berlangsung di Wyndham Acmar, Klang Selangor. Sesi penyerahan geran ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Menteri Sumber Manusia.
Geran ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha berterusan KESUKMA dalam memperkasakan peranan kesatuan sekerja di peringkat institusi pengajian tinggi, khususnya dalam menjaga kebajikan dan memperjuangkan hak kakitangan di UKM.
>KESUKMA telah diwakili oleh Encik Barudin Bin Baharin, Timbalan Presiden dan Puan Siti Zaida Md. Nasir, Setiausaha Agung. Turut hadir Encik Abdul Rahman Mohd Nordin, Setiausaha Agung CUEPACS merangkap Presiden KESUKMA.
Gambar-gambar klik disini