Sesi Kunjung Hormat KESUKMA Memacu Sinergi Strategik Bersama HCTM
Encik Barudin Baharin, Presiden bersama barisan kepimpinan Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) mengadakan Sesi Kunjung Hormat ke Pejabat Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM pada 7 Julai 2026. Delegasi KESUKMA disambut mesra daripada YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM bersama pengurusan meluangkan masa menerima kunjungan ini.
Pertemuan ini memfokuskan kepada isu-isu kebajikan staf di HCTM khususnya Skim U, termasuk aspek penjawatan semasa dan laluan kerjaya yang lebih jelas serta pelaksana Bekerja Dari Rumah dan Hari Bekerja Hibrid.
Melalui semangat SDG 17 (Kerjasama), KESUKMA dan pengurusan HCTM komited memperkukuh kolaborasi strategik serta membincangkan hal-hal semasa penjawat awam demi kecemerlangan institusi secara mampan.
Semoga usaha murni dan jalinan kerjasama yang berasaskan agenda pembangunan mampan ini membuahkan hasil yang positif demi kesejahteraan serta kecemerlangan seluruh warga UKM dan HCTM.
Gambar penuh di Facebook KESUKMA
