SESI LIBAT URUS KESUKMA BERSAMA SKIM W (GRED 1–8) UKM

KESUKMA dengan kerjasama Kelab Kakitangan Jabatan Bendahari UKM telah mengadakan Sesi Libat Urus KESUKMA bersama Skim W (Gred 1–8) UKM pada 21 Oktober 2026 (Rabu) secara dalam talian melalui platform Zoom.

Sesi ini merupakan salah satu usaha KESUKMA untuk mendekati warga kerja, khususnya staf dalam Skim W, bagi membuka ruang perkongsian pandangan, isu, cadangan serta perkara berkaitan kebajikan dan kepentingan staf.

Sesi libat urus tersebut bersama Encik Barudin Bin Baharin, Presiden Kesatuan Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (KESUKMA) dan dimoderatorkan oleh Encik Nazri Putra Bin Ramli, Penolong Akauntan W7 merangkap Wakil Skim W KESUKMA.

Melalui sesi seumpama ini, KESUKMA berharap komunikasi dua hala antara kesatuan dan warga UKM dapat terus diperkukuh, di samping memastikan suara serta pandangan staf dapat dibawa ke saluran yang bersesuaian untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

Gambar penuh di Facebook KESUKMA

Similar Posts