Kenyataan Media: Kemasukan Pelajar Ke Kampus Fasa 1

KENYATAAN MEDIA

KOLEJ KERIS MAS (KKM), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

MENGENAI

KEMASUKKAN PELAJAR KE KAMPUS FASA 1

15 – 17 OKTOBER 2021


Kolej Keris Mas, 20 Okt 2021 – Majlis Eksekutif Pelajar sesi 21/22 Kolej Keris Mas mengucapkan selamat datang kepada seluruh pelajar yang telah berjaya mendaftar masuk ke kampus bagi kemasukkan Pelajar Sesi Akademik 2021-2022 (Kumpulan pertama).

Pihak Pengurusan Kolej Keris Mas pada mulanya mendapat data sebanyak 372 orang yang akan mendaftar masuk ke kampus bagi fasa pertama ini. Berikut merupakan pecahan data pelajar yang dijangka mendaftar sepanjang 3 hari tersebut:

15/10/2021: 144 orang

16/10/2021: 107 orang

17/10/2021: 121 orang

Jumlah keseluruhan: 372 orang pelajar

Namun begitu, pelajar yang telah mendaftar masuk sepanjang 3 hari bermula 15-17 oktober adalah seramai 333 orang pelajar sahaja.

Pihak Kolej Keris Mas juga telah memudahkan urusan pelajar untuk mendaftar selepas tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti berdasarkan kebenaran pihak HEP dan Pengurus Kolej. Ujian RTK telah dibuat oleh Felo Kolej selepas tarikh tersebut dan pada waktu malam sebelum mereka diberikan kunci bilik.

Sepanjang tempoh kemasukkan pelajar, Kolej Keris Mas tidak mendapat sebarang masalah dan semua pelajar yang mendaftar masuk juga disahkan negatif ujian covid-19. Oleh itu, semua pelajar Kolej Keris Mas dibenarkan masuk ke dalam bilik masing-masing tanpa ada seorang pun yang berada di bilik kuarantin.

Untuk pengetahuan semua juga seramai 40 orang pemudahcara yang terdiri daripada pelajar senior dan barisan Majlis Eksekutif Pelajar telah membantu memudahkan segala urusan pihak Pengurusan Kolej dan pelajar sepanjang 3 hari kemasukkan pelajar ke kampus.

Selamat datang semua.

MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR

KOLEJ KERIS MAS

2021/2022